Thursday, May 31, 2012

Oh Anatomy~~

Assalamualaikum.

Satu soalan untuk anda, apa khabar hati anda pada hari ini ? Tepuk hati anda, dan anda bakal dapat jawapannye. :) * Boleh ker eh tepuk hati kita ni??

Hurm, hari ni kita org ( MEDICO GEN11US) akhirnya secara rasmi sudah selesai mengambil kertas ANATOMY taw.  Written je la. Oral belum! Part oral ni bisa aja menambahkan kecuakan di lubuk Puan hati saya yang sensitif ni. Haha.

Cops cops cops, ini bermakna korg dah start final exam la yer?

Yup,secara rasmi, pusingan kedua dah bermula. :)

So, post kali ni, nk cerita skit pasal satu pengalaman setelah selesai menulis segala jawapan yang ada di dalam kepala ke atas kertas jawapan Anat tadi.

Ok, jujur aq katakan, soalan2 yang keluar tadi agak LUAR BIASA berbanding dengan past year questions (baca: time senior punyer exam). Ape yang x expect untuk keluar, dengan tetibanya soalan tu telah siap ditaip atas kertas soalan.

Perasaan mase tgk soalan tu? Ya Allah, kenapa soalan ni ada? X bace kot! Camne nak jawab ni!

Tapi, nak buat mcm maner, soalan dah ada kat depan mata, nak tak nak, memang kena jawb. Jadi, untuk soalan -  soalan tadi, tetibe je diri aku ni dah boleh kalahkan para professor kat Kasr Al -Ainy.* Gelak evil sekejap*

Ye la, mmg aku buat mechanism sendiri, teratogens sendiri.( Ini bermakna jawapan tersebut adalah hasil ciptaan aq, bukan berdasarkan apa yang ditulis di dalam buku medic =,=)

Lepas 3 jam berlalu, kertas dihantar, aq pon dengan semangatnya balik ke rumah.Sambil jalan menghdapi kesesakan jalan di Mesir ni, aq pot pet pot pet pasal soalan tadi ngan Aina. Cakap soalan susah, dah la cancel topic pon x dapat ( sebelum ni, semua senior dapt je cancel topic untuk final exam, baikkan uni aq )

Tapi, bila balik, bukak FB, tetiba ada sahabat aq post kata kata ni kat group batch kita org :


Alhamdulillah, written anatomy dah habis dah pun. 


mcm mcm rasa kan? tapi apa pun, terus bersyukur pada 


Dia. kalau bukan kerana Dia, kita semua tak boleh nak 


ingat walau satu huruf pun, kita semua tak mampu nak 


gerakkan jari untuk menulis pun. Syukr lillah untuk 


segalanya. 



Terus Puan hati yang mmg dah sensitif ni, tersentak. Rasa mcm pedih je. Sebab ape?


Mudah jer, aq rase mase tu aq la manusia yang x pandai bersyukur langsung. Kesenangan yang aq dpat mase nk jawab soalan tu, aq lupe. Yang aq persoalkan, kenapa aq x dapt jawab. Dan aq lupe jugak, x de sesuatu perkara yang berlaku di dunia tanpa bersebab taw,


Jadi, aq terfikir sekejap. Mungkin ada sebabnya kenapa batch aq x dpt list of cancel topic dan soalan2 yang keluar untuk kali ini agak LUAR BIASA sifatnya. 


Dan tetiba sesuatu dtg mengetuk pintu hatiku. Aku pelajar medic, so, insyaAllah satu hari nanti bakal bergelar DOKTOR, bakal merawat manusia lain,( baca: berurusan dengan nyawa).


Ini bermakna, aq perlu taw semua perkara bukan? Walau sesimple mane pon maklumat tu, aq perlu cakna. Jadi, kalu lecture bagi list of cancel topic, confirm topic tu aq xkan bce. Nanti mcm mane aq nk jawab kat patient aq kalu tetibe disease yg dialami oleh si dia tu, ada kaitan dengan cancel topic ni? Nak ckp " Maaf encik, dulu time first year medico, topic ni kena cancel daripada exam. Jadi saya mmg x taw pasal topic, mintak maaf ye"


Korang agak, patient tu percaya x lagi kat korang? akan dtang untuk treatment ngan korg? Kalu aq, cnfirm dah x. 


Jadi,sebagai konklusi kepada post yang panjang ni, untuk menjadi doctor yang terbaik untuk UMMAH, sekecik mane pon maklumat yang ada dalam medic ini, janganlah lupekannya, Pensyarah x kan tulis dalam buku2 medic tu kalo dia x penting. Jadi, bacelah semua yer anak anak. :)


NB : Mungkin kejadian hari ni boleh ambil iktibarnya untuk subjek2 lain. 
NB 1: Walau sekuat mane usaha kita, jangan lupe untuk serahkan segalannya kepada SI DIA YANG MAHA ESA. TAWAKKAL LAH KEPADANYA :)









Wednesday, May 30, 2012

Menghitung Hari ?


                                             *Menghitung hari
                                             Detik demi detik
                                       Masa ku nanti apa kan ada
                                   Jalan cerita kisah yang panjang
                                             Menghitung hari...

Wahwahwahwah. Lirik dah betul dah. Cuma kena tukar dari cinta kepada EXAM! XD

Officially, esok, 31 Mei 2012, aq dan warga Gen11Us yang lain bakal memasuki pusingan kedua final exam kami sebelum cuti musim panas selama 3 bulan. (baca : balik MALAYSIA weih.)

Means, kalu esok exam, ari ni last day untuk pulun sehabisan yang boleh buku ANATOMY tu~~
Ni la masanya untuk  hafal segala bagai structures, muscles, nervous eh salah pulak, nerves yang betol.  :P

Tapikan, bercakap daripada lubuk Puan Hati ni ( cop!, hati ni masih belum dimiliki okeih, sesaje nk panggil Puan instead of Cik, sebab hati ni milikNya yang Maha Esa okeih) tipu kalau x tension untuk hafal segala maklumat tu. Sapa cakap medic itu senang?? Macam kawan aq pernah cakap, kita sekarang belajar pasal BADAN MANUSIA ( baca : ciptaan ALLAH ) , xkan kita semua nak expect belajar ni x de tension2 kan?

Okeih ni untuk adik2 yang kat luar sane, kalo korang rase medic itu SENANG, anda SALAH! hehe. x senang dik oooi tapi di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, x gitu??

Ok,back to main point, biler baca anat ni, baru la aq faham sesuatu. Nak taw x ape??

Sebelum tu, aq ada satu soalan tuk korang. Erm, dalam hidup ni penting x kerjasama antara satu sama lain?

Kalu tanyer kawan2 yang lain, bnyk respon yang boleh dapat. Antaranya :

- Penting kalu perkara tu kena kerjasama, tapi aq prefer buat kerja2 sorang.
-Wajib la kerjasama ni, bersatu teguh becdrai roboh okeeiii
-Saya ni x suka la kena work work ngan orang lain. Sayaa selasa sorang2, x de la susahkan orang lain. Kan lagi baik macam tu??

Herm. Korang taw x, sbenarnyer kalu nk flex kan wrist joint kita ni, which is sbenarnya satu keja yang mudah je, memerlukan sebanyak 5 muscles taw. See.

So, kita sebagai manusia yang x super saiya ni (pinjam  ayat Inche Gabbana) sudah tentulah wajib kerjasama kan?? X susah taw sebernanye cuma kadang2 EGO membataskan segalanya. X pe. Jom kita mula slow2 okeih kawan :)

ni la antra buku2 dan notes yang WAJIB DIHADAM sebelum 10 pagi esok :)


NB : Semalam dah shopping sikit barang2 untuk bawa balik ke Malaysia ngan Aina . Orang lain sibuk study, kami sibuk tawar menawar dengan ammu di Pasar Hussein :)

NB1 : Semalam jugak jumpa dengan Alya yang datang melancong ke Mesir ni. Setelah hampir dua tahun x jumpe! Suka2 :) Thx Aina teman yer. 

# Ok, nak sambung baca Anat pulak. Semoga berjumpa lagi :)

Saturday, May 26, 2012

Cappuccino & Cheesecake


COSTA COFFEE

Bila otak mula tepu dengan structures of human body, mula la cari idea tempat yang mane sesuai untuk merehatkan minda buat seketika.

Dan petang tadi, kami ( together with Aina ) jejakkan kaki ke Costa Coffee kat Maadi.

Iced Cappuccino dan Iced Mocha menjadi pilihan hati untuk sejukkan tekak yang sedia kering sebelum itu.

Blueberry cheesecake serta chocolate twist menjadi alas perut kami yang sudah megeluarkan bunyi meminta diisi :)

Kesan ambil coffee pada waktu petang? Nah buktinya, pada jam 0023 27 Mei 2012, aq masih lagi berjaga.

Tapi, bagus kot. At least boleh bace thorax lagi. 

Malam tadi, sambil revise ANATOMY sambil mengimbau sejarah lama dengan Aina.

Hurm. Sejarah itu mungkin manis untuk diingati dan mungkin juga pahit macam iced cappucinno 

yang aq minum tadi, tapi merekalah yang menjadikan siapa kita sekarang. Ya! Sejarah membentuk 

siapa kita. Mungkin akan ada yang tidak bersetuju dengan pandangan aq ini. 

4 hari lagi sebelum kami memasuki pusingan kedua FINAL EXAM ini.

47 hari lagi sebelum pulang ke MALAYSIA.

Musim panas sudah bermula :)


NB :  Whatever you do, never let anyone else beat you from becoming the best. -Albert Einsteins- 

 NB1 : Bella n Aina, jom ziarah Costa, tempat yang best untuk study  :)


Sunday, May 20, 2012

HOUSE

* Listening to Beginning while watching HOUSE?

Symptom mood hilang untuk study telah dibawa pergi oleh angin sepoi sepoi bahasa yang bertiup di ruang udara Cairo datang balik!.
* ok, metafora yang keterlaluan.

Hilang fokus untuk study. Kalau nak diagnose as penyakit, tahap penyakit tu boleh jadi tahap 5 ( daripada 5 ). SEE?? penyakit yang SERIOUSLY BAHAYA untuk kami.

Tapi, penyakit ni datang bermusim taw. Dia datang biler Inche Study Weeks munculkan muka dia yang KACAK tu. =,=


Kenapa nak diagnose dia sebagai tahap 5? Over and ready tu wahai pemilik membebels.

Ye la. Bile mood hilang, fokus untuk study pon hilang. Pastu mula la tangan- tangan yang runcing ni mula jadi gatal nak pergi click folder HOUSE. End up, watching HOUSE. Konon, ala kalu x study xpe. Ni tengok HOUSE per. MEDIC DRAMA kot?? Kira revise la tu. 2 in 1 katenya. 
* Alasan untuk tenangkan Puan Hati yang tgh rase bersalah sebab x study. pfffttt


# after 8 seasons being aired, will be the finale on this 21 May. :(

Biler malam munculkan sinaran bulan, baru la mula rase bersalah...
Adoiii, nape la aq x study tadi????? La skrang dah summer, malam pendek.. Iesy, sempat ke nak study malm ni??? Konfirm kul 9 nanti dah ngantukk. ( <------- selalu terdetik kat hati aq time study weeks ni )

Pastu, dengan semangat membara, BUKA LA BUKU ! tapi sekejap je. 15 minit kemudian. buka buku lain pulak, kali ni MUKABUKU. Alasan = Jap, nak release tension ni.. 5 minit jer.

SEJAM kemudian ----> Mata masih melekat kat homepage MUKABUKU. Tengok jam ,eh dah kul 10.30 la. Masuk untuk TIDOR!!

SEE?? NAMPAK?? SYUF?? ( x pasti ejaan betol ke x )

TAHAP 5 sebab kalu penyakit ni dtg, satu hari tu boleh jadi satu pembaziran. Kerugian satu hari. Kerugian satu chapter. Kemerosatan semangat. Pembaziran elektrik pon berlaku.

NB : Musim panas = Selera untuk makan jadi lagi tinggi :)
NB1 : Hari ni Cairo sejuk. Angin yg mendamaikan.



Thursday, May 17, 2012

Ada Apa Dengan Study Weeks ???

Well, guess ni sindrom bru buat blog kot.  BLOGAHOLIC !!!

Nak update blog DUA PULUH EMPAT JAM je. (puas hati x AINA?? aq dah update post baru ni )

So pathetic person i am. Wahaha.

Tajuk entry kali ni mcm nak lawan cerita cinta dari Indon tu je,. Yang Ada Apa Dengan Cinta tu. Haha

So....

Hari ni, hati ini diuji lagi. Ujian tu datang dalam banyak cara. Cara untuk kita handle si 'dia' tu yang
penting. Kalau cara dah x betol, masalah tu x kan selesai. Bertambah lagi infection dia ada la.

Sekarang, tgh musim study week kat sini. Untuk final exam plak tu. Kalau kat Malaysia, Asasians ngan Matrixians tgh enjoy menikmati cuti mereka yang kalah cuti bersalin untuk emak - emak kat luar tu. # Mood - Jeles tahap gaban ngan dorang mungkin???  :)

Ok, back to main topic, based on opinion diri yang serba kekurangan ni, study week kat sini boleh ajar bnyk perkara kat kami taw. # Macam dah selalu hadapi jerk =,= . Ni first time hadapi sebenarnya.

Kenape?  Betul ke?

Okeih. Untuk kenapa ---> Masa ni la kita boleh belajar toleransi dgn laksanakan tanggungjawab ngan ahli beit n kawan2 kat sekeliling kita. Sebb mase ni hormone dalam diri kita untuk belajar TINGGI giler sampai rase nak study memanjang . 24 / 7 la kalu boleh. So, mase ni la nak belajar buat multitasking. So, sng bila dah jadi doc nanti. Sbb mase tu kita, akan jadi seorang HAMBA, DAI'E, DOCTOR, ISTERI, ANAK dan EMAK!!!. so, practice make perfect right :))))

Moved to part 'Betul ke' ??? Sbagai org yg pertama kali handle study week ni, mmg x nafikan la.
 Bukan setakat belajar apa strategi mengulangkaji yang terbaik, but of course how to handle others feeling too termasuk dalam cabaran study week ni.

Bukan ape, kadang2 bila kita tension study, hati jadi lemah. Hah! Mase ni la ada 'musuh' kita mula nak mencucuk hati kita tu. Mula la rase x puas hati ngan org lain. Emo je memanjang. Kadang2 hal yang kecik pon kalau boleh nak besar2kan.

So, pesanan ikhlas daripada penaja, time study week ni, AL QURAN tu jgn lupa. Kalau boleh kita selak helaian Al Quran tu sama banyak dengan helaian ANATOMY, PHYSIOLOGY, HISTO n BIOCHEM. Kalau boleh, jangan pulak MUKA BUKA yang paling kerap 'diselak'  ( Pesanan untuk diri sendiri ni )

Tanggungjawab kat Allah, Ibubapa, Ahli Beit ngan kawan2 jangan dilupakan taw :) InsyaAllah, kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan mudahkan urusan kita.


# tengok dia ni, gembira je study. Jadi macam dia ok. No tension2 :p

NB : Study weeks bukanlah satu masalah kalu taw cara yang betol untuk handlenye :)

NB1: Maaf sebab bahasa rojak.




Wednesday, May 16, 2012

Suatu Ketika

Assalamualaikum.

Wow! Macam x percaya je. Finally have my own blog. Sila ignore luahan perasaan ini. Haha

Dush dush dush! :)

Pengaruh si Bella Kecik la ni. Dia cakap ko buat la blog. Nanti aq follow ko. Hakhak

Tapi,ada sebab yg buat hati aq terbuka nak 'lahirkan' blog ni :

a) Lets have one site to share ceritas sepanjang jadi egyptian ni. :) boleh jadi memori nanti

b) Termakan ngan kata2 si Bella Kecik tu, why not ko share pengalaman ko as medico ni. Mungkin

boleh jadi inspiration kat adik2 kot. XD

# Ayat digubah sedikit.

# Aq bukanlah yang terbagus untuk share2 tpi why not cuba kan? Who knows what will happen in

future right?

Last, aq rase ni mungkin boleh jadi satu tempat untuk aq berkongsi ngan korang satu erti pengalaman hidup, masam manis dalam kehidupan dan perit jernihnya. MUNGKIN!


 Gambar bear untuk me'welcome'kan diri sendiri.

NB : Cik Bella, sila ajar aq untuk berblog yer. Aq ni buta IT , x power mcm ko. Taw taw taw