Monday, January 21, 2013

Home Sweet Home


8.00 pm. 21/1/2013

Bismillah.

Hari keempat berada di sini. What more can i say beside HAPPY!

Like seriusly, aim utama untuk balik mungkin dah tercapai.

Tapi sadly, kena marah dengan dorang jugak. 

Siap cakap lagi after this dah x boleh nak blik time winter.

Disuruhnya pergi vacation. Pusing dunia. Kumpul sebanyak pengalaman mungkin?

In sha Allah kalau plan bebetul next year, tercapai la kot.

Back to home, first night sampai memang tidur ikut timing Malaysia. Yeah! 

Hati dah gembira sebab ingatkan x kena jetlag for this time.

Tapi sayang seribu kali sayang, keesokkannya, hambik kau..

Siang tu saja empat kali sesi tidur ditibainya.

Memang kena sound kaw kaw punya dengan along, angah, abang n adik.

Siap kena perli, 'kakak now ikut timing negara mana pulak?'

Poor me, =,=

Nak buat macam mana kan, cortisol n melatonin setia menjalankan tugasnya mengikut timing Egypt.

So now, till hari keempat, still jetlag. Memalam bukan main active. tpi time pepagi, time dorg ke sekolah, mata akan menjadi berat sekali.

Oh yeah, result practical exam anat dah keluar. Kelas kau jah, result keluar time empunya diri di Malaysia.. :)

Whatever result nya, Alhamdulillah. Tepat seperti yang dijangkakan sama sekali. but still that nerve yang salah jawab tu memang in shaa Allah akan diingati sampai bila2 :)

Kena buat yang terbaik untuk coming sem ni. Dah x boleh main2. 

Tadi pon kena sound ngan Abang. Ditanyanya . 'kakak ni serius ke x nak jadi doc? Abang tanye pon x leh nak jawab. '

Hambik kau. Sebijik kena kat hidung yang tak berapa nak mancung ni.

Ok, family panggil untuk dinner time! 

*another benefit balik rumah, makan nasi 2-3 times per day*


Wednesday, January 16, 2013

At Muscat

Bismillah.

1.16 am 17 Jan 2013

Currently, at Muscat International Airport.

Pagi tadi masih berada di dewan exam Cairo University.

Kini, menunggu flight ke Malaysia pula.

Betapa hebatnya perancangan Allah.

Flight kena reschedules. In other words, delayed 2 jam. Good thing actually.

Sempat  bertuna pasta kat Coffee Bean. Kesan tak makan apa apa before ke eport.

And during flight Cairo - Muscat, memang very 'nice' flight I had.

Kesian kat akak2 stewardess tu. Nak kena layan kerenah passengers tu.

And for the first time,menyaksikan akak stewardess tu menjerit mintak susuh duduk as aircraft x fully stop.

Semua dah besar kot.

Now, 17 hours to go. Memang lama. But sampai2 je Muscat ni, terus dapat something.

Nilai kemanusian itu masih ada, dan kekangan bahasa tidak menjadi penghalang. Harap sangat akak tu dapat sampai ke rumah dia untuk bertemu dengan suami dan anak dia. Doakan.


12.30 tgh malam di Muscat . Dengan angin yang bertiup begitu kuat. Hoho.
Tu dia tudung siap cacak dengan tegaknya!

Monday, January 14, 2013

Maturity


6.06 am. 15 Januari 2013

Bismillahirahmanirahim.

Another short post will do I think.

Manusia dilahirkan dengan penuh variety. Penuh ragam.

Maka, in this life, we should give and take.

And also, by adding number 2 in front of our age, it looks like, at least, we should give a try to be more mature. I think?

Yeah, age is not an INDICATOR for the level of maturity, but still, you should give a try.

Till then,

See u next time.

Today will be last for day to revise everything for this MID YEAR EXAM.

Surely, I'll miss this study week. As, it does give A LOT of MEANING. Wonderful one. :)


Undoubtley, along with the hardship, there is ease.
[Al - Insyirah : 6]


Wednesday, January 9, 2013

Projek Special

10.04 pm. 9 Januari 2013

Bismillah

Syukur kepada Allah kerana memberi ilham untuk menjawab soalan soalan Anatomy tadi. Kalau ada rezeki, in shaa Allah betul jawapan yang diberikan. Kalau tak, anggap je usaha sepanjang 6 hari gap tu tak diisi dengan betul. Mungkin banyak tidur. :)

Right after kertas habis pukul 12.10 tadi, terus balik. Ingatkan nak pergi ambik penyangkut baju yang tempah hari tu, tapi pergi pergi, kedai pulak tutup. Tak pe, pergi esok pula. Boleh jalan pulak. One way untuk reduce berat badan. XD

After tu, terus pulang ke rumah, eh tak, pergi cari makanan dulu. Then after balik, solat and everything, terus masuk dapur untuk jalankan projek spesel itu.Yuhuuu!

Time tengah prepare bahan bahan dia and after blend everything, adunan tu nampak cair gila. At first, cuak! Dalam hati dah takut tak menjadi. Terus ambik phone and call along yang kat Malaysia! Semata mata nak konfirmkan betul ke adunan tu akan jadi macam tu. And after along cakap memang macam tu, terus lega. Terus masukkan ke dalam loyang and bakar!

AND,  here the outcome from PROJEK SPESEL itu :



Bear in your mind, ini adalah first trial. From kuih bakar change to APAM BALIK. Tangan renovate rupanya. Kes tak puas hati, terus bakar another one.

Maka, ini hasil yang kedua. Better than first i think. Papepun. baby yang baru lahir pon tak terus berlari. Iye dok? Maka, lets take it slowly. Belajar step by step. XD


For this one, the shape is there, the taste is there *makansendirithenjudgesendiri*.
Cuma tekstur dia x sama macam mak mak buat. Kena belajar ni.


Lagi 7 hari untuk balik ke Malaysian once again. Kali ini tak dapat nak kekalkan rekod balik after 10 months. Kali ini, 3 bulan je tempoh berpisah then akan jumpe balik. Rasenye memang tabiat balik rumah time cuti tu still tak leh buang. Sama macam time kat SAMURA. Every month balik. Let see outcome untuk tahun 3 nanti. haha


p/s. Two papers yang dikira berat dah selesai ambil, maka kini ayuh berHistology dan berBiochemisrty pulak. Doakan kami!

Monday, January 7, 2013

Rumah VS Library


3.27 pm. 7 Januari 2013

Bismillah.

Tinggal lagi sehari plus plus untuk paper Anatomy.

Bahang kali ini terasa sedikit lain kalau dicomparekan dengan persediaan time paper Physio minggu lepas.

Kali ini, tahap mental dan fizikal sendiri perlu ditinggikan sedikit.

Dan sepanjang minngu ni, dapat lihat satu perbezaan yang begitu besar, antara study DI RUMAH vs DI LIBRARY .

Kalau di rumah, katil antara musuh utama. Tak boleh kata tak kepada katil. Seems like katil tu sendiri ada daya tarikan yang kuat.

Kalau di library, katil tak wujud. Maka, satu daya tarikan dah berjaya diatasi,

Kalau di rumah, every 30 minutes, or bila rasa macam dah tepu sikit, mula la mata melilau mencari makanan. Sekejap keluar pergi dapur. Kejap lagi pergi bukak peti ais. Haisy, tambah pulak dengan winter. Lagi la cepat je jalan pergi cari makanan.

Kalau di library, kalau rasa lapar tengah time study tu, mau nak fikir 10 kali. Sama ada nak keluar dari library untuk cari makanan. Kalau keluar, kena lawan ngan kesejukan angin. Sejukkkkk kot. Tu tak tambah lagi kalau tetibe time tu ada angin kuat. Boleh kena ribut pasir pulak. Macam semalam =,=
Jadi,di library kurang sikit makan. Bila kurang makan, tak cepat kenyang. Tak cepat kenyang, tak de la cepat ngantuk. Tak cepat ngantuk , maka boleh lah study dengan gembira.

Kalau di rumah, nak dapat study selama satu jam straight tu memang payah dan mustahil la. Tak cakap mustahil, tapi agak mustahil. Sebab apa? Laptop kat depan kot. Kejap bukak fb, kejap bukak twitter (nasib baik sekarang tengah puasa twitter,kalau tak, mahu lagi teruk kesan dia ), kejap blogwalking, kejap itu, kejap ini. Nak tutup laptop, alasan nak play lagu, baru best sikit belajar. Boleh merangsang daya fikiran. Eh, ye ker?

Kalau di library, masa 2 jam study pon kadang kadang tak perasan. First tengok jam, pukul 12. 30. Bila tangok jam lagi sekali, eh dah pukul 2 .30? Rase macam kejap je, Tapi dah banyak boleh cover. Tu tak tambah lagi, suasana kat library tu sendiri. Penuh dengan manusia yang memang semangat gila study. Siap tunduk je kepala sepanjang masa. Tak de angkat angkat kepala pon. Menakutkan tapi boleh naik semangat kita yang tengok ni taw.

Kalau kat rumah, nak update blog, update je. Eh???

Kalau kat library, x de maknenye boleh nak update blog. Eh lagi sekali? hahaha. Bila tak update blog, maka study je la kan? kihkihkih.

Tu antara PERBEZAAN yang BESAR la. Berdasarkan pengalaman sendiri. Tak de kaitan dengan yang dah mati atau bakal mati taw. XD

Seriusly, belajar dekat library memang boleh rasa kelainan dia. Feeling untuk belajar tu lagi tinggi.

Ok, back to business. Anatomy menanti dengan penuh senyuman. :)

See uollz later. Okeih, ini memang bajer retis gila. XD

3.47pm 7 Januari 2013.


Saturday, January 5, 2013

Anatomy VS Emily Owens MD VS Projek Special

8.37 pm 5 Jan 2013

Bismillah.

Again,a short post to relieve ketepuan daripada Anatomy mungkin.

Perkara yang luar biasa tapi tidak luar biasa pon telah muncul. Seperti biasa, hanya di kala musim study week.

Now, addicted to a new medic's drama which is Emily Owens MD.

Story pasal an intern kat sebuah hospital. Nice story for now. Maybe boleh kembalikan semangat time si semangat tu dah kekurangan.

And new 'project' bakal dilaksanakan pada petang Rabu yang akan datang, yakni selepas paper Anatomy.

Moga paper pada pagi Rabu ini boleh dijawab dengan sebaiknya. Dan juga agar 'projek' spesel itu boleh dilaksanakan dengan coolnya.

Oh ya, Anatomy is an art of Allah. Maka, one thing yang perlu kita ingat ( gaya mcm ada yang bce di kala kehactickan beranat ini ) is, untuk mengkaji ciptaan Allah itu, tidak perlu bertension tension. Dalami ciptaanNya, hayati ciptaanNya, kagumi ciptaanNya dan in shaa Allah kita akan rasa seronok dengan Anatomy itu sendiri *pesanan untuk diri sendiri*. Dan apabila kita sendiri berasa seronok, in shaa Allah kita tidak akan mengalami fasa ketensionan itu.


p/s Step pertama untuk 'projek' spesel itu adalah dengan mengodek godek Pak Cik Google telah dan akan dilakukan dengan coolnya.


Doakan :)

Thursday, January 3, 2013

Dan Bila Ia Datang


4.30pm. 3 Jan 2013.

Bismillah.

Musim exam, maka semangat menulis tu dengan tetibanya membuak buak. Ironi bukan?

Dan biasanya pada musim exam ini juga, mood nak baking tu tetibe muncul. Hooyeah!

One way for me to release tension dari menghadam bukubuku itu sebenarnya.

Sebab, pernah dengar senior ckp, kalu rasa otak dah tepu, why not buat something yang boleh gembirakan orang lain?

And , i choose to bake. Walaupun skill x power mane, tapi why not cuba kan? Let the housemates become alat kajian. Hahaha.

Kalau menjadi, untung korang. Kalau tak, mintak maap la eh kat perut perut anda.

And also, time belajar la ni la nak practice memasak.Tak gitu? Nanti tak de la malu ngan mak mertua. Eh, jauh ke depan pulak fikiran ni. Iesy iesy iesy *geleng kepala*.

Dan hari ini, satu misi berjaya dilakukan.

Walaupun cream puff jer, tapi first time kot buat!

Semalam sibuk godek godek resepi dekat Pak Cik Google.

Dan hari ni, lepas balik dari eport, sambut dan hantar delegasi A2G12 ke Palestine , misi bercream puff dijalankan dengan koolnya. Ahaks!

And here the hasil. Kihkihkih, *moodbajetretis*


Misi yang pada mulanya along dan angah tidak percaya akan berjaya.
Now, a picture tell thousands story. *bajetretislagi*

Wednesday, January 2, 2013

Reflex

12.25 pm 2 Jan 2013

Bismillah.

Baru balik dari u. Baru selesai paper Physio. Tenangkan diri dengan ungkapan ni :

'Keputusanmu telah ditentukan dalam takdir, tapi Dia masih mahu melihat usahamu dan kurniakan pahalaNYa.'


Everything went well. In Shaa Allah.

Hasil menjawab soalan Physio? Tak perlu diungkapkan rasanya. Kerana apa yang kita usahakan, itu lah hasilnya dengan izinNya.

Tapi,tadi ditegur oleh seorang ukhti. Terus buat aku terfikir, kenapa aku bersikap sedemikian.

Dan tanpa perlu dipinta, terus teringat kata kata Cikgu Azman, dalam hidup ini, kita perlu :

'habluminallah habluminannas'

Ya Allah. Terus terpana. Bumi dirasakan seperti terhenti seketika. Rasa macam nak menangis time tu jugak. Tapi, nanti tak kool la kan. uhuk3.

Fatrah exam. Satu tempoh yang sebenarnya bagi aku sangat la kritikal. Kerana ketika ini cabaran untuk memastikan keadaan itu neutral seperti biasa amat la kuat.

Masa inilah kita rasakan masa itu emas sekali. Kalau boleh 24/7 nak penuhi masa tu dengan perkara yang dah dirancang. 

Tapi, di sini lah konflik yang sebenar akan berlaku. Kadang kadang masa kita bersama ahli beit mungkin terbatas. Mungkin time dorang duduk lepak lepak kat ruang tamu, time tu waktu yang kita peruntukkan untuk study.

Kalau tak join, perasaan bersalah tu muncul. Tapi, nak join, taw masih banyak yang perlu dicover.

Kat point ini lah mula terbit rasa , adakah aku dah tunaikan hak aku sebagai ahli bait dengan sebaiknya?

Persoalan yang sering timbul dalam seminggu dua ini.

Dan dalam tidak sedar, gaya percakapan aku semenjak ini berubah sikit. Dan aku sendiri tahu mengenai puncanya.

(*Tetiba, terus ingat dekat kertas biru yang aku dapat sebelum ini. Isu sama ditegur. Nah, masa untuk berubah!)

Tapi, bila fikir semula, betapa tidak matangnya aku dalam menangani masalah itu. Kadang2 melalui percakapan kita sahaja bisa melukakan hati orang lain. :(

Ternyata teguran itu menyedarkan aku. Terima kasih ukhti. Hidup kita ini perlukan teguran setiap hari kerana melalui teguran la kita tahu di mana kekurangan kita.

In shaa Allah akan cuba melakukan perubahan yang terbaik. Pernah dengar ungkapan ini, adalah lebih baik untuk kita mendiamkan diri daripada mengeluarkan perkataan tetapi ternyata ia hanya akan menyakiti hati orang lain. 

* Ternyata, pencarian itu tidak boleh dihentikan. Kerana, apabila pencarian itu terhenti hatta buat seketika, diri ini mula goyah.

* Dan usaha itu sendiri perlu datang diri aku sendiri, bukan hanya mengharapkan pencarian itu akan berjalan seorang diri.

Dan sebenarnya kehidupan seharian ini  ternyata sebuah ujian kepada diri sendiri. Tempuhilah cabaran dan ujian itu dengan sebaik baiknya kerana dalam Al - Quran sendiri 

Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan " Kami telah beriman" , sedang mereka tidak diuji lagi ? [Al - Ankabuut : 2]

Dan berpeganglah kepada ayat ini, :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu perkara, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
 [Al - Baqarah : 216]

dan juga ayat ini :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al- Baqarah : 286]






Tuesday, January 1, 2013

Sekadar Luahan

Post kedua. Dalam satu hari yang sama. Petang sebelum paper pada esok hari? *geleng kepala*

Bulan.

Rindu nak menatap bulan sebenarnya.

Sejak pindah ke rumah ni, kedudukan bilik tidak lagi memungkinkan aku untuk melihat atau merenung bulan pada waktu malam lagi.

Tidak seperti tahun lepas.

Sebelum tidur, bulan pasti akan menjadi tempat wajib untuk direnung.

Jika terjaga daripada tidur pada tengah tengah malam, masih bulan menjadi pilihan.

Oh, betapa aku rindukan bulan.

Bulan, hanya dengan sekadar melihatnya, ada satu perasaan yang tidak mampu dijelaskan di sini.

Menenangkan perasaan mungkin. Bisa mengurangkan kerinduan kepada mereka di Malaysia.

Pernah dengar orang berkata, jika rindukan seseorang, pandanglah bulan. Kerana kita memandang bulan yang sama.

********************************************************************************

Bakal memasuki dekad kedua dalam kehidupan. Ternyata masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik pejam celik, bakal tidak bergelar belasan tahun lagi. Bakal memasuki alam puluhan. Oh, it sounds very old. Tapi hakikatnya, aku dah berusia 20 tahun, jika diukur menggunakan tahun Hijrah.

Masa untuk berubah yang pasti. Kerana, dari hari ke hari, usia bertambah. Usia bertambah menunjukkan kita semakin hampir dengan kematian.


Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah pemilik kepada hati ini. Maka, tetapkan hati kami 
ke jalanMu Ya Allah. Kepada AgamaMu Ya Allah.