Sunday, December 7, 2014

Hate The Disease, Not The Diseased!



6 Disember 2014

The Rendezvous Battle 2.0 dekat USB.

Tak join sangat game netball, cuma main satu match tu jee. Yang lain, jadi timekeeper. Macam time Sports Anthem 1.0 dulu. This time, jadi peserta as SMF yang organize program ni.

Tapi serious wow, ada satu team ni, nama dia PERAKAM. Stand for Persatuan Rakan Kampung. Dianggotai oleh those yang pangkat dia dah mak cik mak cik , tpi still look muda. Tapi boleh nampak la yang dorang dah tua, eh berusia. Taapi aku ckp la kan, semua match dorang lawan, dorang menang, first match, 5-4, second 9-0, last 13.- 0.

Gila kan! tpi it shows that with practice, you can be excellent in whatever you are doing. So, nak jadi pandai, rajin la belajar. Campur doa. Gituuu.

Besides games, this TRB jugak sediakan tapak taw utk those yang nak buat  jualan. So, no need to guess anymore, of course la MAKANAN yang dominasi tapak tu kan???

Ada ABC, kebab, ayam ali, sate, burger ANJ, and banyak lagiiii.

Selain dari kaki yang banyak bergerak and lompat lompat, i think perut is the one yang happy and seronok gila hari sabtu ari tu!

Ye laaaa. banyak kot makanan yang disumbat. Pesta gila!


During jadi timekeeper. Berpayung sebab pagi tu hujan, pastu tengahari tu, panas pulak.

p/s Cantik pulak warna RC untuk budak Dentist.


7 Disember 2014


Ok. Now cter keesokannya pulak. Habis TRB tu, kita ke program RUN FOR AIDS!

This time, jadi volunteer je. Tak sanggup lagi nak join marathon 10 km tu....

So, aku kena tugas kat water station. fefeling macam waitress gituuu.

Ye laaa. Duk passing air kat dorang semua kan. Sambil bagi semangat kat dorg untuk habiskan running yang berbaki lagi 3 km tuuu

So, pagi tu, kul  5 pagi dah ada atas bas nak gerak ke Masjid Negara. .

Aku bangun kul 4.30 pagi. So, by fact, aku orang last naik bas tu. HAHAHA. tpi still on time. kul 5 pagi. org last in terms of volunteer teams. Sbb bas gerak kul 5.30 sbb tnggu runners semua. Wakil UiTM. Geng geng runners ni mmg hebat la!

Then, kul 6 smpai kat Masjid Negara, then solat subuh, then gerak ke KTMB HQ. Oh lupa nak ckp, RUN for AIDS ni organized by KTMB and Hospital Sungai Buloh. Explained y aku boleh jadi volunteers right?

Pastu naik lori, LORI woo ke tmpat water station. Aku rasa, ini first time naik lori, penuh barang. So thanx to KTMB n HSB sbab tnpa prog ni, tk merasa aku nak naik lori. 

Then, smpai je tmpat check point kita org, aku n yg lain, setup la meja semua, and tuang air tu semua kan.

Ini la rupa meja nak letak air tu. Kosong sebb kitorg tk susun air lagi. Sebab awal lagi. 


Runner start berlari kul 7.30 pagi. So, by 7.35 kitorg start susun cawan n tuang air semua. Sebab kitorg bajet runner smpai kat check point kitorg lmbt lagi. Ye la, kitorg check point kat 7km kot.

TAPIIIII.....

pukul 7.50, first runner smpai kat kitorg! Cakap ape!! 20 minit je untukkkkkk 7km????

Kalau aku, memang berjam laaaaaa..

So, dalam kul 9 pagi, semua runner dh lepasi kitorg. Fuhhh. Semua cm robot. Stamina kuat2 semua ni.


Team Rescue @ Medical Teams stand by kat sebelah kitorg. Semua ni doctor doctor.


With Barb and Pennie. Wefie dulu before runner sampai. hikhik.

So. After 9, kitorg pun kemas la balik meja tu semua. Then ada van datang angkut kitorg bawak blik ke HQ! So, thats the end of our job! Sampai HQ, kitorg join la kejap Karnival yang dihandle by student from UM.


Part of the volunteer teams! Bergambar depan finishing line. Acah acah berlari.


Pukul 10 lebih gitu, pulang kembali ke UiTM. Then qadar tidorrrr balik!

But still, 

WEEKEND yang best gila! Minggu sukan gitu!

And slogan from Run For Aids,

" HATE THE DISEASE, NOT THE DISEASED' because we never know how they even got the disease. Who are we to judge them rite??







Wednesday, December 3, 2014

TITAS yang.....




Wow.

Dah setahun. Last post was on 27 November 2013.

Believe it or not, kesan berpindah dari Mesir ke Malysia masih lagi kena hadapi sekarang.

Ceh ayat, macam migrate je. HAHAHA!

Tapi serious, today, kita orang berenam sit together dekat kafe kolej and buat discussion pasal TITAS.

TITAS exclusively for YEAR 1, but somehow, kitaorg YEAR 2, kena ambik titas this sem as mase sem 1 ari tu tak ambik.

Kalau ambik je, tarak ada masalah.

tapiiiiiii.........







ustazah kita orang sangat la follow the book. Rasa macam ambik degree titas pulak. bukan mbbs.





Best pulak dapat tekan tekan papan kekunci ni. yeay!

Wednesday, November 27, 2013

New Life, New Hopes.



28 November 2013.


Finally! Get the chance to tekan this keyboard!

A lot of things had happened for the past 2 months.

We plan, Allah plans as well. Still Allah plans are the best for us.

Still trying to adapt to this new world. 

2 tahun terbiasa dengan system Mesir, untuk menjalani rutin yang agak packed di Malaysia, kekuatan adalah kata kunci.

Do pray for us!


p/s Selagi tak dapat student card di sini, i'm still an illegal student. Consider myself as 'budak Mesir'. Thats what people here called us.



Thursday, June 20, 2013

Pasca Biochem a.k.a Feast Food?


Baru ada masa nak tulis post ni. Maka, timeline kejadian adalah 4 hari lepas.

17 June 2013.

Okeih, Hari ini hari exam Written Biochem. Biochemmmmmmmmmmm weih. Ok dah. (Kesan jawapan written sangat la menarik)

Before exeng ni, ada la buat satu perjanjian ngan budak ni. Kita org cakap, sape yang boleh habiskan baca buku biochem dalam masa tiga hari (yakni from 9 June till 12 June), yang kalah kena belanja yang menang makan kat Beanos. Well, mase tu Red Velvet la jadi pertaruhan. Sebab dua dua gilakan RV ni. Tapi mase tu la.

Okeih, lepas exeng petang tu, maka, kami pun berdua pun pergi la ke Maadi. Mase ni, ini adalah kunjungan kehormat aku ke Maadi kali 4 dalam masa 6 hari. So, mase dalam Metro otw ke Maadi tu, tetibe je, aku keluarkan statement, ' Weih Bella, jom gi Mori Sushi'. Bella pun, 'Okeih jom, aku pun ada terdetik nak gi Mori Sushi'

Maka, sebaik saja sampai ke Maadi, maka terkedek kedek la kita orang pergi ke Mori Sushi. Ini merupakan kunjungan pertama aku ke Moshi ni. Sebab aku bukan la sushi punya peminat. Tapi at least kena la cuba makan kan?

Sampai Moshi, terjumpa pulak ngan akak2 dari ASU. Dorang pun baru habis exeng Microb. Cakap cakap ngan dorang jap. Pastu kita org pun pergi la duduk. Okeih, pastu bila nak order, mula la dua dua muka selange. Tak tahu nak order apa. Sebab sushi apa yang best????????? Hahaha. Okeih, so kita orang order dulu noodles ngan air dulu. Sementara aku pergi mintak back up dengan mesej orang yang biasa jadikan MOSHI ni as second home dorang. HAHAHA. So, lepas dah ada list ape yang suitable tu, kita pun order la., erm, jap, aku lupa nama sushi tu. Dynamite Roll rasenya.  Tengok gambar je la nanti eh. HAHAHA. Oh yer, kita org pun order , ala! aku lupa lagi sekali nama makanan tu, tapi dia ayam. Rasa macam ayam percik. If tak salah, nama dia huruf 'Y'.

Lepas makanan sampai, kita org pun makan la. Sambil cakap cakap la for sure. Perempuan mane boleh pisah ngan bercakap. Hahaha. Bila sushi sampai, aku ambik la sebiji untuk makan. Hah! Masa ni epic gila. Punya la banyak wasabi aku celitkan kat satu sushi tu. Nak cover rasa mentah dia. Penyudahnya, Bella habishkan sushi 8 biji tu. Eh tak. 4 je. Sebab 3 lagi take away bawak balik. Aku habiskan ayam yang ala ala ayam percik tu. Ada 3 stick semuanya. And ada every stick tu ada 3 kepingan. Maka conclusionnya --> AKU BUKANLAH PEMINAT SUSHI!

Lepas sejam lebih kat Moshi, maka next destination is Beanos. Pergi Beanos sebab nak beli kek RV yang Aina kirim. Mase ni, kalau ikut nafsu aku, nak jugak aku cekup satu RV ni bawak balik. Tapi memikirkan fulus yang  tak berapa banyak, metang2 dah nak balik Mesia, aku tahan la nafsu tu. HAHA.

Lepas Beanos, kita orang pergi Aunt Anne pulak. Otw pergi Aunt Anne tu, dah ketawa dah. Sebab kita orang dah feeling macam orang kaya gila. In one day, 3 kedai kita orang gi serbu. Well, this is what BIOCHEM did to us. Hahaha.

Masa kat Aunt Anne tu, plannya nak beli apa yang Kaa kirim je. Tapi entah macam mane, Bella nak makan jugak pretzel kat situ. So, basically, kita orang makan untuk sesi kedua kat Aunt Anne pula. Ni kira tea time la. Yang kat Moshi tu kira lunch. HAHAHAHA

Dekat almost sejam jugak la berkhemah kat Aunt Anne tu. Lepas tu kita orang pun balik. Sebab tak solat asar lagi masa tu. And paling penting, nak gi rumah Zura pulak. Dia ajak MAKAN. Yeah. Makan weih!

So, itu la cerita pasca Biochem. Dekat nak magrib, aku satu rumah pergi buat lawatan muhibah ke rumah Zura. Dan kami dijamu dengan NASI HUJAN PANAS! Feveret i tu. Nasib aku tak sasau macam orang gila hari tu. HAHAHA

So, hasil Biochem, perut dikasihi dengan Mori Sushi, Beanos, Aunt Anne dan juga Nasi Hujan Panas.

Dan semalam, 19 June 2013, lepas oral Biochem, aku buat kunjungan kehormat untuk kali 5 ke Maadi. Kali ni ke Spectra. Ber'SC' di sana.

 Within 8 days, 5 kali aku pergi. Rasa boleh dah Government Mesir bagi aku membership card untuk Metro, Maadi dan juga Airport. Sebab aku kira pengunjung setia la jugak untuk tiga tempat ni dalam tahun ni :) Kot kot jadi duta tempat2 ni pun aku tak kesah. Bahagia la jugak!

Nah gambar hasil kunjungan murni untuk perut tapi sengsara bagi beg duit aku. HAHAHA

Ni Air Iced Mocha! Kat Beanos! Me lurve it
Red Velvet. 
                 

Chicken Noodle kat Moshi. Aku rasa tu macam meggi je.
                       
  

Dynamite Roll aku rasa name dia ni. 

Ni la ayam penyek yang aku tak tahu nama tu.

Kita take away apa yang tah habes york. Sebab membazir amalan syaitan.


Geram aku tegok cinammon stick ni! Gambar ni cantik somehow aku tengok. 
Aku dan Lemon tak dapat dipisahkan.
This is Strawberry Lemonade.
And i love the caption toooooo much.
'Sorry, I'M Pre - Occupied Right Now.'

Wednesday, May 29, 2013

Dua Dalam Satu


Pasca Oral Phyiso. 30 May 2013

Akan ada dua cerita yang langsung tak berkait dalam satu post! Jangan relate kan cerita A dan B :) Kerana mereka bukan adik beradik. Ahaks!

Well, semalam ok. Nice. Walaupun time aldosterone tu, tak da idea satu pun nk ckap kat doc. Memang muka blur je dipersembahkan kepada doc. Ada la something wrong somewhere tu, sebab kalau ikutkan, before exam, aldosterone tu aku terang dengan menariknya kat Fairuz.

Tapi tak pe, 5 question lain, alhamdulillah. Doctor motor tu (sampai sekarang tak tahu nama) best! Moga score tinggi la ngan dia.

Ok. Ape yang jadi semalam, akan jadi sejarah. So, move on. Tak perlu nak berulit sayang, berdondang sayang dengan semalam. Ada tiga campur satu lagi subject nak kena baca dan hafal. Oh yeah!

Bila kita dah tetapkan pendirian, sometimes akan datang something untuk uji kuat tak pendirian kita tu. Muslim takkan jatuh dalam lubang yang sama dua kali.

Ada satu kata, pertama kali mungkin itu adalah kesilapan. Tapi, untuk kali kedua, itu bukan lagi kesilapan, itu ada pilihan kita sendiri. Jangan nak cakap, kesilapan kali kedua aku ni. Nope, it is absolutely ur CHOICE!

So,those who cannot learn from history are doomed to repeat it. Moga tak termasuk dalam golongan ini. 

Biarkan permulaan itu bermula dengan yang biasa.

And, fact bout it, walaupun tak ramai tahu, tapi aku yakin, semuanya hanya based on it. 

Walaupun few of them asked the real reason. Nope, aku yakin it is not related at all.




*Sekali jadi ahli GEN11US, selama lamanya akan jadi ahli GEN11US* <----- sumpah aku rasa bahagia dengan statement ini,

Tapi, 
*Kita datang sama sama, naik charted flight sama sama, kita balik pun mestilah sama sama* <---- selalu dengar ungkapan ni, tapi ungkapan hanya tinggal ungkapan kalau hanya meniti di bibir. Di hati, tak berbekas langsung statement ni.

Nampak kawan dah sipi sipi nak masuk gaung, ape function kita? Sekadar memerhati atau tarik balik tangan dia biar jauh daripada gaung tu?

Menjadi pemerhati atau penarik tangan, itu pilihan masing masing. Tapi, dekat sini, we only have each other. We are one big family. Dia lah mak, dia la ayah, dia la kakak, dia la abang, dia la adik. In family, we support each other. And yes, untuk aku yang pernah alami saat jatuh di atas tanah, support system itu yang ajar aku balik untuk bangun. Walaupun dalam proses untuk bangun itu, many times aku terjatuh semula. 
Trust me, support system itu sangat penting. 

Ok. Perlu kembali ke realiti. Sesi mewarnakan buku Histo. 



Thursday, May 16, 2013

Liver


Hati.

Kalau ikut definisi medic, liver la kan? Liver ni kira vital organ la dalam badan kita. Banyak berlaku proses2 yang penting dekat sini. Itu kalau bercakap thru saintifik way la.

Tapi kalau tengok thru other side, hati ini tempat lahirnya perasaan.

Tak kisah la kasih sayang ke, rindu ke, benci ke, marah ke, semua akan refer ke hati.

Tengok contoh, sakit hati, suka hati, geramnya hati.

Bila cakap pasal hati ni, hati ini ibarat jelly kau tahu. Tak tahu ape itu jelly? Agar agar la.

Dia boleh jadi cair. Tapi dia juga boleh jadi keras. Bergantung kepada macam mana kau inginkan hati tu jadi.

Dengan situasi sekarang, pilihan yang paling tepat is dengan masukkan 'jelly' itu ke dalam peti ais. Kalau boleh dekat bahagian frozen tu. Tiba masa untuk hati tu dah jadi keras kaku.

Sebab, sepanjang dia menjadi agak cair, jalan yang dipilih ternyata jalan yang salah.

Bila batu bata jatuh terhempap kat muka, baru lah sedar dari kealpaan selama ini.

Kalau lah keras, mesti time hempapan itu berlaku, tak kan terasa.

Well, salah sendiri. Biar lama sangat kat atas meja kat ruang tamu sape suruh?

Tapi macam semua orang tahu, bukan semua tempat kau perlu jadi keras. Pandaikan diri untuk mengawal darjah kekerasan itu.

Till then.



Tuesday, May 14, 2013

Sunday, May 12, 2013

Gwiyomi


2348, 11 May 2013

Ending of an 'awesome' fairytale story.

Having a very open discussion semalam.

Kata akhir dah diputuskan.

Malu kot. Tapi tu la pengalaman dan pengajaran untuk kehidupan aku.

Tapi satu perkara yang bagus, sebelum kebenaran itu terungkap, aku dah berada dalam kebenaran itu.

Jadi, bila kebenaran itu dah direvealedkan, at least, aku dah dalam position sedikit bersedia. Yeah~~~

*tajuk tiada kaitan dengan cerita, namun dia ada makna yang mendalam dengan cerita ini*

*cerita Kak Belle dan suaminya sangat menarik. ianya bukan sekadar BM, tetapi konsep bagaimana Kak Belle serah segalanya kat Allah sangat menyentap jiwa. Bukti redhanya Kak Belle dengan segala ketentuan Allah, Allah kurniakan yang terbaik untuknya*

Thursday, May 9, 2013

Viber



Duduk vibering with the family, dan tanya Ma camna nak naikkan semangat nak study ni? Duk hilang je semangat tu. Ma jawab, 'Kakak lompat tangga, pastu naik balik tangga tu. Nanti naik la semangat tu'
Pastu dua dua ketawa. Thats Ma, never used ayat yang biasa2 untuk naikkan semangat aku. Dan rasenya, tak perlu dah kot nak lompat tangga. Sbb dah naik macam tu. Thats the magic thing that Mom can give to her children! Thank You Allah! :)

And yes. rasenya kali ni, kalah dengan homesick tu sendiri. Even dah balik dah time winter ari tu. Ari ni kalah dengan air mata sendiri. HAHAHA. Tapi, lets make the air mata yang termenitis tu sbgai semangat nak study.

Pesanan penaja :

Call la family sekerap yang boleh dalam minggu belajar ni. There are something that can't be explained how one phone call can make you become more semangat dalam belajar!

 

Monday, May 6, 2013

Take One Step Back


Keadaan kembali tenang.

Betul la orang cakap, kalau kita admit kesalahan kita, hidup tak susah. Tak perlu untuk fikir hal lain.

Betul la apa yang B cakap kat aku, 'Aima, kau dah ada jawapan kepada persoalan kau tu. Cuma ade banyak sumber.'

So, since that, aku buat keputusan untuk tenang dan perhati. And yes, from doing that, aku dah dapat jawapan dia.

Mungkin ini yang terbaik. Terbaik untuk dia. Hopefully, no more terasa, dirasai, merasai disisihkan. Dan mungkin ini persediaan untuk masa hadapan? Berganjak selangkah ke belakang bukan cara yang salah. Atau cara seorang yang gagal. Tapi, mungkin jalan penyelesaian kepada semua permasalahan sebelum ini.


*someonesaidtome, doalah kepada Allah agar kita sensitif kepada perasaan orang lain, tapi tidak sensitif kepada perasaan sendiri*

Menjadi minoriti juga mengajar aku bagaimana untuk menghadapi situasi itu :)

Wednesday, May 1, 2013

Recovering


Mood = Recover

Ada dua sebab je akan masuk dapur untuk baking.

a) Mood tak de (baca=tepubaca)

b) PRE EXAM

kali ni, dua dua sebab menyebabkan masuk dapur.

Mangsa kali ni, KEK COKELAT.

yadaaa!! housemate bahagia, aku pun bahagia.

Hantar gambar ni kat Line, along said, if aku kekalkan sifat ni kat Malaysia, mesti makin ramai sayang aku. Hello, uollz tak sayang ke selama ni? Hahaha. 

Tapi, dorang terkezut aku sempat lagi nak berbaking walaupun esok nak exam. Angah cakap, dulu time dia nak exam, nak turun gi cafe kat UIA tu tak sempat taw.

Well, aku rase, maybe suasana kat sini yang kalau tepu baca, buat something yang bermanfaat kat orang lain?

Ok bye. Nak lukis histo. Lalalala ~~~

Tuesday, April 30, 2013

Thursday, April 25, 2013

Tanggungjawab : Exam Mode


Bismillah.
25 April 2013. 2023

Esok, tinggal lagi 28 hari before final. Masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik, naa, nak final dah. Persediaan? In the making. *gayamacambuatmovie*

Practical exam pun dah lepas 50%. Banyak sebenarnya yang kalau kita perhatikan secara halus, ibrah yang kita boleh dapat daripada exam tu sendiri.

Kadang2, bukan sebab usaha kita yang kuat baca buku tu, stay up sampai pukul 3,4 pagi, or tak tidor malam yang jadi punca  kita dapat jawab soalan dengan betul dan stailonya. Kadang2, jawapan kepada soalan tu Allah hantar melalui orang yang berada di sekeliling kita. Nampak tak betapa kita sebenarnya tak boleh nak berasa angkuh dengan kejayaan or even pencapaian kita? Sebab, itu belum tentu datang 100% daripada usaha kita secara solidnya. Dan yang paling, kerbergantungan kat Allah tu yang paling penting!

Dan jangan lupa, bahawa semua ilmu yang berada di alam ni, semuanya milik Allah. Sebab tu kita tak boleh nak kekwat (sombong) dengan apa yang kita. Sebab, kalau nak dibandingkan, ilmu kita tu umpama setitik buih di lautan yang sangat besar. And again, that's why, kita kena share ilmu yang kita ada dengan orang sekeliling. Ilmu yang ada, tapi tidak diamalkan, tiada gunanya. And still, bukannya kalau kita share ngan orang lain, kita akan jadi miskin ilmu. Tetapi, kita akan dapat benefit yang tidak ternilai.

Writing of that, kadang kadang dalam kita duduk busy study ni, kita kadang2 terambil hak orang lain taw. Macam mane? Simple as ABC.

Situasi pertama:  Dalam sibuk kita tenung buku tu, kita maybe termasak lambat. If that day is our turn to cook la kan? Then, our housemates will be in a state yang kalau buku tu boleh makan, dengan buku buku tu dia telan. See, just because kita 'fokus' sangat, our housemate tu dah lapar. DAH TERAMBIL HAK DIA.

Situasi kedua : Kita ni jenis kalau study, jenis yang kena dengar lagu, baru la segala apa yang kita bace tu, masuk solid dalam kepala otak kita. Ok la kalau kita pakai earphone ke, headphone ke, or apeapephone la dop? Tapi cuba bayangkan, dalam kita duduk leka mendengar tu, tanpa sedari kita kita terMENYANYI sekali. Konon, nak masuk audition Akademi Fantasia . Untuk sekali dua, orang yang menadah telinga tu maybe boleh tahan. Tapi kalau for the whole time during study week tu, what do you expect from the person yang kena mendengar tu akan rase? Kalau tak boleh nak agak, tak pe. Cuba bayangkan kalau kita yang kena menadah telinga. Akan ada sampai satu tahap kita akan rasa bengang gila dop? So, bersederhanalah dalam mendengar lagu. (situasi ini akan terbatal serta merta kalau anda tak de roomate or ada roomate, tapi roomate tu jenis tak kesah. Jenis yang kau buat la suka hati kau) Tapi still la, kita kena consider feeling dia and bertolak ansur la yer.

Situasi ketiga : Hak sebagai housemate lagi. Kali ini, bab jalankan tanggungjawab dalam membuat kerja kerja rumah like basuh toilet ke, kemas dapur, sental dapur, mop rumah, or ape ape yang semua dah pakat setujui la nak buat secara gotong royong. Kadang kadang dalam kita duk fokus study tu, kita lupe nak buat semua kerja kerja atas. Tambah lagi kalau ada pulak housemate laen yang jenis akan buat part kita kalau kita tak buat. Kat sini ada pro and cons dia. Ape pro? Housemate laen yang buat tu yang tolong buat tu akan dapat asahkan skill dia dalam handling rumah. Persiapan untuk kahwin? Kita yang tak buat ni? Rugi wooooii. Rugi tak dapat asahkan skill untuk future dan yang paling penting, kita dah TAK AMANAH! Ye la, tu kira tanggungjawab kot. Pastu tak buat. Free free je kurang pahala. Dan yang paling penting, kadang2 isu ni boleh bawak kepada perselisihan faham taw. Ye la, yang tukang buat tu, awal2 boleh la terima kenyataan. Tapi bila kita yang tak buat ni dah naik lemak (baca:buat derk je ngan tanggungjawab kita), memang sah sah la boleh meletup si tukang buat tu. Kalah letupan gunung berapi kot. Jadi, bila masing2 ingat dan buat tanggungjawab tu, in shaa Allah semua akan hidup dengan bahagia. Tak de nak cakar2 muka antara satu sama lain.

Banyak lagi situasi yang akan muncul time study weeks ni. Tapi cukup la dengan yang atas. Aku pun bukannya bagus, Tapi anggap ni sekadar peringatan bersama sama ok. Memang dah nature yang manusia itu sifatnya pelupa. Yang perlu diingatkan selalu.

Kepada GEN11US, selamat mengharungi study weeks! Jangan lupa tanggungjawab masing masing dalam sibuk berkapel dengan buku tu. Sebab mungkin kita tak sedar yang kalau kita tak buat apa yang dah diamanahkan kat kita tu, mungkin boleh jadi antara punca tertutupnya hijab kita time nak jawab exam bulan 5 nanti. 

Wednesday, April 10, 2013

Mixed


Bismillah.
10 April 2013.

Praktikal Physiology alhamdulillah dah lepas. Weber compass menjadi weber combus. Memang menarik.

Twitter deactivated 3 hari lepas. Kini di activated balik. Kenapa? Ntah.

Serabut. Tapi bila call Malaysia, serabut tu hilang camtu je. Tapi terkesan gila ngan ape yang dorang cakap. Sebab tu kot, call family as frequent as you can.

Kini mula menemui alasan yang kukuh untuk teruskan momentum itu.

Senyuman ternyata memberi kesan yang kuat. Kenapa? Effect dia masih ada sampai sekarang.

Mesir  - Malaysia. Abah said, aku dah buat macam Kuala Lumpur - Kemaman. Sebab ada 3 bulan je lagi nak balik. Sedangkan baru 2 bulan lebih sikit datang balik ke Mesir ni hah. What to do abah. Angah yg duduk kat Shah Alam tu pun balik 2 minggu sekali, so, me yang duduk kat Mesir ni balik 2 kali setahun kira ok je la kan ? XD

Rindu kat adik2 memang tak boleh nak nafikan la. Teringat apa yang adik cakap semalam. During our conservation, berlakon main polis polis. He said  'Kakak, anda ditahan kerana telah melakukan kesalahan iaitu tidak pulang ke Malaysia sekarang ' . Terdiam kejap. Just kena tahan at least for 3 bulan je lagi!

Till then...

Monday, April 8, 2013

Kekuningan


Bismillah.

8 April 2013.

Bila hati gelisah, tak tenang, tak tenteram.

Bila mood itu hilang.

Bila tak boleh nak buat ape ape.

Aku hanya perlukan masa dan ruang untuk bersendiri.

And today, mengemas bilik ternyata mengubati.

Mengorganizekan balik diri sendiri.

Mengsistematikkan balik diri sendiri.



Hari ni Mesir berlangitkan kuning. Moga ia dapat membawa keserabutan ini sekali apabila langit kembali berwarna seperti biasa. 

Sunday, April 7, 2013

No Tittle


Bismillah.

7 April 2013.

Semakin lama, semakin dalam.

Semakin dalam, semakin payah.

Semakin payah, semakin kacau.

Semakin kacau, semakin pening.

Semakin pening, nahh.. aku sendiri dah tak taw semakin apa.

Tapi yang pasti, ada lagi 7 minggu nak exam final written.

Praktikal dah mula semalam.

Orang cakap, ntah, aku pun tak taw orang cakap apa.

One thing for sure, ntah. BLUR!


Sunday, March 31, 2013

Keep on Du'a

  

YA ALLAH, KURNIAKAN KAMI KEKUATAN. HANYA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KAMI. ANDAI KATA JALAN ITU YANG TERBAIK, PERMUDAHKANLAH IANYA UNTUK KAMI

Wednesday, March 27, 2013

Hanya Dia Mengetahui


Bismillah. 

27 March 2013.

Tadi time berjalan jalan dekat satu blog,tetibe jumpe this ayat yang sangat la besar maknanya. 

Well, after dah dapat permission daripada tuan empunya, jom kita sama sama hayati dan mohon agar kita semua tergolong dalam golongan itu okeih :)

 "rahsiakanlah cinta di hatimu 
terhadap seorang ajnabi
kerana mungkin dialah jodohmu

mengharap menjadi suri 
atau bidadari di sisi si dia 
bukanlah salah atau haram

tetapi janganlah sampai terabai 
cinta hakiki dek nafsu duniawi

yakin si dia yang dititipkan 
olehNya sedang menunggumu

kerana yang pasti
wanita solehah utk lelaki yg soleh

 peganglah ayat ini maka ia akan pegang imanmu sampai mati"


Maybe ayat ni luahan or isi seorang lelaki. Mungkin.  Tapi as perempuan, aku rase tak salah untuk kita ambik ambik isi penting dalam ayat di atas.

*Kalau sudah jodoh, tidak kemana. Titipkan doa, kerana Allah Maha Mengetahui segalanya*

p/s walaupun post kali ini berunsur atau kelihatan seperti percintaan, ianya mungkin tiada kena mengena dengan diriku sendiri.


Sunday, March 24, 2013

Moga


Bismillah.

25 March 2013.

Dan sungguh kami telah menguji orang sebelum mereka mala sesungguhnya Allah pasti mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya DIA pasti mengetahui orang orang yang dusta- Al Ankabut :3


Said by seorang akak yang aku sayang kerana Allah, Allah uji untuk distinguish manusia. Nak tengok setakat mana kita betul betul nak berubah kerana Allah ataupun tidak. 

Moga terus dilimpahkan doa agar terus kekal kuat dan istiqomah dalam mencari siapa diri aku sebenarnya ini. 



# Tempoh 3 hari bakal berakhir malam ini, detik 12 tengah malam. 

Saturday, March 23, 2013

DUA


Bismillah

24. March 2013

Semakin kita cuba nak buat, semakin banyak, hmm, what should we call it eh?

Semakin banyak halangan kot? Eh tak tak.

First and the most important, hawa nafsu tu yang kita kena lawan dulu! Sebab kalau kita ikutkan hawa nafsu tu,yg negative la kan, memang x berjaya la. Nak tiga hari ke, seminggu ke, setahun ke, even untuk selama lamanya.

So, please please please please  please, kuatkan semangat and cuba atasi nafsu tu dulu!

Till that, hari ni masuk hari ke kedua. Ada masa pernah hampir tewas, and hampir failkan jangka masa tiga hari tu. Kena amanah dengan diri sendiri, dont we? Kalau dengan diri sendiri pon tak boleh nak amanah, then how should you expect that you can be sooooo amanah in the real world nanti?

*  Final exam start on 25 Mei. Means daripada hari ni, tinggal lagi, hmm , exactly 2 BULAN!
Kalau time SPM dulu, ni dah kira bulan pecutan terakhir. So, tunggu ape lagi? MOVE! Dont expect anyone to MOVE you if you, yourself tak MOVE diri sendiri.