Thursday, June 20, 2013

Pasca Biochem a.k.a Feast Food?


Baru ada masa nak tulis post ni. Maka, timeline kejadian adalah 4 hari lepas.

17 June 2013.

Okeih, Hari ini hari exam Written Biochem. Biochemmmmmmmmmmm weih. Ok dah. (Kesan jawapan written sangat la menarik)

Before exeng ni, ada la buat satu perjanjian ngan budak ni. Kita org cakap, sape yang boleh habiskan baca buku biochem dalam masa tiga hari (yakni from 9 June till 12 June), yang kalah kena belanja yang menang makan kat Beanos. Well, mase tu Red Velvet la jadi pertaruhan. Sebab dua dua gilakan RV ni. Tapi mase tu la.

Okeih, lepas exeng petang tu, maka, kami pun berdua pun pergi la ke Maadi. Mase ni, ini adalah kunjungan kehormat aku ke Maadi kali 4 dalam masa 6 hari. So, mase dalam Metro otw ke Maadi tu, tetibe je, aku keluarkan statement, ' Weih Bella, jom gi Mori Sushi'. Bella pun, 'Okeih jom, aku pun ada terdetik nak gi Mori Sushi'

Maka, sebaik saja sampai ke Maadi, maka terkedek kedek la kita orang pergi ke Mori Sushi. Ini merupakan kunjungan pertama aku ke Moshi ni. Sebab aku bukan la sushi punya peminat. Tapi at least kena la cuba makan kan?

Sampai Moshi, terjumpa pulak ngan akak2 dari ASU. Dorang pun baru habis exeng Microb. Cakap cakap ngan dorang jap. Pastu kita org pun pergi la duduk. Okeih, pastu bila nak order, mula la dua dua muka selange. Tak tahu nak order apa. Sebab sushi apa yang best????????? Hahaha. Okeih, so kita orang order dulu noodles ngan air dulu. Sementara aku pergi mintak back up dengan mesej orang yang biasa jadikan MOSHI ni as second home dorang. HAHAHA. So, lepas dah ada list ape yang suitable tu, kita pun order la., erm, jap, aku lupa nama sushi tu. Dynamite Roll rasenya.  Tengok gambar je la nanti eh. HAHAHA. Oh yer, kita org pun order , ala! aku lupa lagi sekali nama makanan tu, tapi dia ayam. Rasa macam ayam percik. If tak salah, nama dia huruf 'Y'.

Lepas makanan sampai, kita org pun makan la. Sambil cakap cakap la for sure. Perempuan mane boleh pisah ngan bercakap. Hahaha. Bila sushi sampai, aku ambik la sebiji untuk makan. Hah! Masa ni epic gila. Punya la banyak wasabi aku celitkan kat satu sushi tu. Nak cover rasa mentah dia. Penyudahnya, Bella habishkan sushi 8 biji tu. Eh tak. 4 je. Sebab 3 lagi take away bawak balik. Aku habiskan ayam yang ala ala ayam percik tu. Ada 3 stick semuanya. And ada every stick tu ada 3 kepingan. Maka conclusionnya --> AKU BUKANLAH PEMINAT SUSHI!

Lepas sejam lebih kat Moshi, maka next destination is Beanos. Pergi Beanos sebab nak beli kek RV yang Aina kirim. Mase ni, kalau ikut nafsu aku, nak jugak aku cekup satu RV ni bawak balik. Tapi memikirkan fulus yang  tak berapa banyak, metang2 dah nak balik Mesia, aku tahan la nafsu tu. HAHA.

Lepas Beanos, kita orang pergi Aunt Anne pulak. Otw pergi Aunt Anne tu, dah ketawa dah. Sebab kita orang dah feeling macam orang kaya gila. In one day, 3 kedai kita orang gi serbu. Well, this is what BIOCHEM did to us. Hahaha.

Masa kat Aunt Anne tu, plannya nak beli apa yang Kaa kirim je. Tapi entah macam mane, Bella nak makan jugak pretzel kat situ. So, basically, kita orang makan untuk sesi kedua kat Aunt Anne pula. Ni kira tea time la. Yang kat Moshi tu kira lunch. HAHAHAHA

Dekat almost sejam jugak la berkhemah kat Aunt Anne tu. Lepas tu kita orang pun balik. Sebab tak solat asar lagi masa tu. And paling penting, nak gi rumah Zura pulak. Dia ajak MAKAN. Yeah. Makan weih!

So, itu la cerita pasca Biochem. Dekat nak magrib, aku satu rumah pergi buat lawatan muhibah ke rumah Zura. Dan kami dijamu dengan NASI HUJAN PANAS! Feveret i tu. Nasib aku tak sasau macam orang gila hari tu. HAHAHA

So, hasil Biochem, perut dikasihi dengan Mori Sushi, Beanos, Aunt Anne dan juga Nasi Hujan Panas.

Dan semalam, 19 June 2013, lepas oral Biochem, aku buat kunjungan kehormat untuk kali 5 ke Maadi. Kali ni ke Spectra. Ber'SC' di sana.

 Within 8 days, 5 kali aku pergi. Rasa boleh dah Government Mesir bagi aku membership card untuk Metro, Maadi dan juga Airport. Sebab aku kira pengunjung setia la jugak untuk tiga tempat ni dalam tahun ni :) Kot kot jadi duta tempat2 ni pun aku tak kesah. Bahagia la jugak!

Nah gambar hasil kunjungan murni untuk perut tapi sengsara bagi beg duit aku. HAHAHA

Ni Air Iced Mocha! Kat Beanos! Me lurve it
Red Velvet. 
                 

Chicken Noodle kat Moshi. Aku rasa tu macam meggi je.
                       
  

Dynamite Roll aku rasa name dia ni. 

Ni la ayam penyek yang aku tak tahu nama tu.

Kita take away apa yang tah habes york. Sebab membazir amalan syaitan.


Geram aku tegok cinammon stick ni! Gambar ni cantik somehow aku tengok. 
Aku dan Lemon tak dapat dipisahkan.
This is Strawberry Lemonade.
And i love the caption toooooo much.
'Sorry, I'M Pre - Occupied Right Now.'

Wednesday, May 29, 2013

Dua Dalam Satu


Pasca Oral Phyiso. 30 May 2013

Akan ada dua cerita yang langsung tak berkait dalam satu post! Jangan relate kan cerita A dan B :) Kerana mereka bukan adik beradik. Ahaks!

Well, semalam ok. Nice. Walaupun time aldosterone tu, tak da idea satu pun nk ckap kat doc. Memang muka blur je dipersembahkan kepada doc. Ada la something wrong somewhere tu, sebab kalau ikutkan, before exam, aldosterone tu aku terang dengan menariknya kat Fairuz.

Tapi tak pe, 5 question lain, alhamdulillah. Doctor motor tu (sampai sekarang tak tahu nama) best! Moga score tinggi la ngan dia.

Ok. Ape yang jadi semalam, akan jadi sejarah. So, move on. Tak perlu nak berulit sayang, berdondang sayang dengan semalam. Ada tiga campur satu lagi subject nak kena baca dan hafal. Oh yeah!

Bila kita dah tetapkan pendirian, sometimes akan datang something untuk uji kuat tak pendirian kita tu. Muslim takkan jatuh dalam lubang yang sama dua kali.

Ada satu kata, pertama kali mungkin itu adalah kesilapan. Tapi, untuk kali kedua, itu bukan lagi kesilapan, itu ada pilihan kita sendiri. Jangan nak cakap, kesilapan kali kedua aku ni. Nope, it is absolutely ur CHOICE!

So,those who cannot learn from history are doomed to repeat it. Moga tak termasuk dalam golongan ini. 

Biarkan permulaan itu bermula dengan yang biasa.

And, fact bout it, walaupun tak ramai tahu, tapi aku yakin, semuanya hanya based on it. 

Walaupun few of them asked the real reason. Nope, aku yakin it is not related at all.




*Sekali jadi ahli GEN11US, selama lamanya akan jadi ahli GEN11US* <----- sumpah aku rasa bahagia dengan statement ini,

Tapi, 
*Kita datang sama sama, naik charted flight sama sama, kita balik pun mestilah sama sama* <---- selalu dengar ungkapan ni, tapi ungkapan hanya tinggal ungkapan kalau hanya meniti di bibir. Di hati, tak berbekas langsung statement ni.

Nampak kawan dah sipi sipi nak masuk gaung, ape function kita? Sekadar memerhati atau tarik balik tangan dia biar jauh daripada gaung tu?

Menjadi pemerhati atau penarik tangan, itu pilihan masing masing. Tapi, dekat sini, we only have each other. We are one big family. Dia lah mak, dia la ayah, dia la kakak, dia la abang, dia la adik. In family, we support each other. And yes, untuk aku yang pernah alami saat jatuh di atas tanah, support system itu yang ajar aku balik untuk bangun. Walaupun dalam proses untuk bangun itu, many times aku terjatuh semula. 
Trust me, support system itu sangat penting. 

Ok. Perlu kembali ke realiti. Sesi mewarnakan buku Histo. 



Thursday, May 16, 2013

Liver


Hati.

Kalau ikut definisi medic, liver la kan? Liver ni kira vital organ la dalam badan kita. Banyak berlaku proses2 yang penting dekat sini. Itu kalau bercakap thru saintifik way la.

Tapi kalau tengok thru other side, hati ini tempat lahirnya perasaan.

Tak kisah la kasih sayang ke, rindu ke, benci ke, marah ke, semua akan refer ke hati.

Tengok contoh, sakit hati, suka hati, geramnya hati.

Bila cakap pasal hati ni, hati ini ibarat jelly kau tahu. Tak tahu ape itu jelly? Agar agar la.

Dia boleh jadi cair. Tapi dia juga boleh jadi keras. Bergantung kepada macam mana kau inginkan hati tu jadi.

Dengan situasi sekarang, pilihan yang paling tepat is dengan masukkan 'jelly' itu ke dalam peti ais. Kalau boleh dekat bahagian frozen tu. Tiba masa untuk hati tu dah jadi keras kaku.

Sebab, sepanjang dia menjadi agak cair, jalan yang dipilih ternyata jalan yang salah.

Bila batu bata jatuh terhempap kat muka, baru lah sedar dari kealpaan selama ini.

Kalau lah keras, mesti time hempapan itu berlaku, tak kan terasa.

Well, salah sendiri. Biar lama sangat kat atas meja kat ruang tamu sape suruh?

Tapi macam semua orang tahu, bukan semua tempat kau perlu jadi keras. Pandaikan diri untuk mengawal darjah kekerasan itu.

Till then.



Tuesday, May 14, 2013

Sunday, May 12, 2013

Gwiyomi


2348, 11 May 2013

Ending of an 'awesome' fairytale story.

Having a very open discussion semalam.

Kata akhir dah diputuskan.

Malu kot. Tapi tu la pengalaman dan pengajaran untuk kehidupan aku.

Tapi satu perkara yang bagus, sebelum kebenaran itu terungkap, aku dah berada dalam kebenaran itu.

Jadi, bila kebenaran itu dah direvealedkan, at least, aku dah dalam position sedikit bersedia. Yeah~~~

*tajuk tiada kaitan dengan cerita, namun dia ada makna yang mendalam dengan cerita ini*

*cerita Kak Belle dan suaminya sangat menarik. ianya bukan sekadar BM, tetapi konsep bagaimana Kak Belle serah segalanya kat Allah sangat menyentap jiwa. Bukti redhanya Kak Belle dengan segala ketentuan Allah, Allah kurniakan yang terbaik untuknya*

Thursday, May 9, 2013

Viber



Duduk vibering with the family, dan tanya Ma camna nak naikkan semangat nak study ni? Duk hilang je semangat tu. Ma jawab, 'Kakak lompat tangga, pastu naik balik tangga tu. Nanti naik la semangat tu'
Pastu dua dua ketawa. Thats Ma, never used ayat yang biasa2 untuk naikkan semangat aku. Dan rasenya, tak perlu dah kot nak lompat tangga. Sbb dah naik macam tu. Thats the magic thing that Mom can give to her children! Thank You Allah! :)

And yes. rasenya kali ni, kalah dengan homesick tu sendiri. Even dah balik dah time winter ari tu. Ari ni kalah dengan air mata sendiri. HAHAHA. Tapi, lets make the air mata yang termenitis tu sbgai semangat nak study.

Pesanan penaja :

Call la family sekerap yang boleh dalam minggu belajar ni. There are something that can't be explained how one phone call can make you become more semangat dalam belajar!

 

Monday, May 6, 2013

Take One Step Back


Keadaan kembali tenang.

Betul la orang cakap, kalau kita admit kesalahan kita, hidup tak susah. Tak perlu untuk fikir hal lain.

Betul la apa yang B cakap kat aku, 'Aima, kau dah ada jawapan kepada persoalan kau tu. Cuma ade banyak sumber.'

So, since that, aku buat keputusan untuk tenang dan perhati. And yes, from doing that, aku dah dapat jawapan dia.

Mungkin ini yang terbaik. Terbaik untuk dia. Hopefully, no more terasa, dirasai, merasai disisihkan. Dan mungkin ini persediaan untuk masa hadapan? Berganjak selangkah ke belakang bukan cara yang salah. Atau cara seorang yang gagal. Tapi, mungkin jalan penyelesaian kepada semua permasalahan sebelum ini.


*someonesaidtome, doalah kepada Allah agar kita sensitif kepada perasaan orang lain, tapi tidak sensitif kepada perasaan sendiri*

Menjadi minoriti juga mengajar aku bagaimana untuk menghadapi situasi itu :)