Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Wednesday, January 2, 2013

Reflex

12.25 pm 2 Jan 2013

Bismillah.

Baru balik dari u. Baru selesai paper Physio. Tenangkan diri dengan ungkapan ni :

'Keputusanmu telah ditentukan dalam takdir, tapi Dia masih mahu melihat usahamu dan kurniakan pahalaNYa.'


Everything went well. In Shaa Allah.

Hasil menjawab soalan Physio? Tak perlu diungkapkan rasanya. Kerana apa yang kita usahakan, itu lah hasilnya dengan izinNya.

Tapi,tadi ditegur oleh seorang ukhti. Terus buat aku terfikir, kenapa aku bersikap sedemikian.

Dan tanpa perlu dipinta, terus teringat kata kata Cikgu Azman, dalam hidup ini, kita perlu :

'habluminallah habluminannas'

Ya Allah. Terus terpana. Bumi dirasakan seperti terhenti seketika. Rasa macam nak menangis time tu jugak. Tapi, nanti tak kool la kan. uhuk3.

Fatrah exam. Satu tempoh yang sebenarnya bagi aku sangat la kritikal. Kerana ketika ini cabaran untuk memastikan keadaan itu neutral seperti biasa amat la kuat.

Masa inilah kita rasakan masa itu emas sekali. Kalau boleh 24/7 nak penuhi masa tu dengan perkara yang dah dirancang. 

Tapi, di sini lah konflik yang sebenar akan berlaku. Kadang kadang masa kita bersama ahli beit mungkin terbatas. Mungkin time dorang duduk lepak lepak kat ruang tamu, time tu waktu yang kita peruntukkan untuk study.

Kalau tak join, perasaan bersalah tu muncul. Tapi, nak join, taw masih banyak yang perlu dicover.

Kat point ini lah mula terbit rasa , adakah aku dah tunaikan hak aku sebagai ahli bait dengan sebaiknya?

Persoalan yang sering timbul dalam seminggu dua ini.

Dan dalam tidak sedar, gaya percakapan aku semenjak ini berubah sikit. Dan aku sendiri tahu mengenai puncanya.

(*Tetiba, terus ingat dekat kertas biru yang aku dapat sebelum ini. Isu sama ditegur. Nah, masa untuk berubah!)

Tapi, bila fikir semula, betapa tidak matangnya aku dalam menangani masalah itu. Kadang2 melalui percakapan kita sahaja bisa melukakan hati orang lain. :(

Ternyata teguran itu menyedarkan aku. Terima kasih ukhti. Hidup kita ini perlukan teguran setiap hari kerana melalui teguran la kita tahu di mana kekurangan kita.

In shaa Allah akan cuba melakukan perubahan yang terbaik. Pernah dengar ungkapan ini, adalah lebih baik untuk kita mendiamkan diri daripada mengeluarkan perkataan tetapi ternyata ia hanya akan menyakiti hati orang lain. 

* Ternyata, pencarian itu tidak boleh dihentikan. Kerana, apabila pencarian itu terhenti hatta buat seketika, diri ini mula goyah.

* Dan usaha itu sendiri perlu datang diri aku sendiri, bukan hanya mengharapkan pencarian itu akan berjalan seorang diri.

Dan sebenarnya kehidupan seharian ini  ternyata sebuah ujian kepada diri sendiri. Tempuhilah cabaran dan ujian itu dengan sebaik baiknya kerana dalam Al - Quran sendiri 

Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan " Kami telah beriman" , sedang mereka tidak diuji lagi ? [Al - Ankabuut : 2]

Dan berpeganglah kepada ayat ini, :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu perkara, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
 [Al - Baqarah : 216]

dan juga ayat ini :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al- Baqarah : 286]






Friday, December 7, 2012

That feeling


That feeling....

Bila kita dapat meluahkan apa yang terbuka di hati tanpa melukakan hati orang lain.

SubhanaAllah. Sungguh indah rasanya.

Sungguh, :)

Kadang kadang.

Kita terlalu cepat mentafsir.

Kita terlalu cepat membuat konklusi.

Sikap yang bisa membawa aura negatif.

Sikap yang bisa membawa kepada permasalahan.

Ape pon, sentiasa berlapang dada. Mungkin payah untuk dilakukan, tetapi cubalah walau hatta sedikit.

Kerana, jika tiada permulaan, bagaimana akan wujudnya hasil.

Sentiasa berfikiran positif.

Ambil masa untuk bertenang.

Jangan lakukan sebarang keputusan andai diri sedang dipenuhi dengan kemarahan.

Kerana penyesalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan ketika marah tidak berguna lagi.

Terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak perkataan, hanya penyesalan menyelubungi diri.

Lihat satu keadaan itu daripada pelbagai sudut.

Luaskan view of vision anda.

Apa guna binocular vision bukan?

Jangan terhad kepada satu sahaja.

Gunakan nikmat yang Allah kurnia untuk kebaikan.

Dan yang paling penting, andai ditimpa masalah :

Mengadulah hanya kepada Si Dia dalam doa yang tidak putus.


Dan sesungguhnya, redhailah sebarang ketentuan Ilahi. :

Orang orang yang beriman itu, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah [58:22]


Tuesday, December 4, 2012

Sakit itu Nikmat

Bismillahirahmanirahim.

Sakit itu ujian, pelajaran, rehat, ukhuwwah, kemanisan cinta Allah, dzikir.

Pernah terbaca :

Ketika Allah sedang merindui hambanya, Allah akan menghantar sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang dinamakan UJIAN.

Dush! Straight to the papillary muscle.

Mungkin aku terleka. Sehinggakan Kau turunkan ujian ini. Aku bersyukur Ya Allah. Kerana aku masih terpilih untuk menerima ujian daripada-Mu. 

Akan ku terima ujian ini dengan hati yang penuh terbuka. Mungkin melalui ujian ini jua ukhuwwah itu dapat dirasai kemanisannya.

Moga ujian ini dapat merapatkan lagi diriku dengan diri-MU. 

Kuatkan hati ku Ya Allah. 

Teguhkan hati yang lemah ini.

Jangan Engkau palingkan hati ini.

Tetapkanlah hati ini di atas landasan yang benar.