Thursday, January 3, 2013

Dan Bila Ia Datang


4.30pm. 3 Jan 2013.

Bismillah.

Musim exam, maka semangat menulis tu dengan tetibanya membuak buak. Ironi bukan?

Dan biasanya pada musim exam ini juga, mood nak baking tu tetibe muncul. Hooyeah!

One way for me to release tension dari menghadam bukubuku itu sebenarnya.

Sebab, pernah dengar senior ckp, kalu rasa otak dah tepu, why not buat something yang boleh gembirakan orang lain?

And , i choose to bake. Walaupun skill x power mane, tapi why not cuba kan? Let the housemates become alat kajian. Hahaha.

Kalau menjadi, untung korang. Kalau tak, mintak maap la eh kat perut perut anda.

And also, time belajar la ni la nak practice memasak.Tak gitu? Nanti tak de la malu ngan mak mertua. Eh, jauh ke depan pulak fikiran ni. Iesy iesy iesy *geleng kepala*.

Dan hari ini, satu misi berjaya dilakukan.

Walaupun cream puff jer, tapi first time kot buat!

Semalam sibuk godek godek resepi dekat Pak Cik Google.

Dan hari ni, lepas balik dari eport, sambut dan hantar delegasi A2G12 ke Palestine , misi bercream puff dijalankan dengan koolnya. Ahaks!

And here the hasil. Kihkihkih, *moodbajetretis*


Misi yang pada mulanya along dan angah tidak percaya akan berjaya.
Now, a picture tell thousands story. *bajetretislagi*

Wednesday, January 2, 2013

Reflex

12.25 pm 2 Jan 2013

Bismillah.

Baru balik dari u. Baru selesai paper Physio. Tenangkan diri dengan ungkapan ni :

'Keputusanmu telah ditentukan dalam takdir, tapi Dia masih mahu melihat usahamu dan kurniakan pahalaNYa.'


Everything went well. In Shaa Allah.

Hasil menjawab soalan Physio? Tak perlu diungkapkan rasanya. Kerana apa yang kita usahakan, itu lah hasilnya dengan izinNya.

Tapi,tadi ditegur oleh seorang ukhti. Terus buat aku terfikir, kenapa aku bersikap sedemikian.

Dan tanpa perlu dipinta, terus teringat kata kata Cikgu Azman, dalam hidup ini, kita perlu :

'habluminallah habluminannas'

Ya Allah. Terus terpana. Bumi dirasakan seperti terhenti seketika. Rasa macam nak menangis time tu jugak. Tapi, nanti tak kool la kan. uhuk3.

Fatrah exam. Satu tempoh yang sebenarnya bagi aku sangat la kritikal. Kerana ketika ini cabaran untuk memastikan keadaan itu neutral seperti biasa amat la kuat.

Masa inilah kita rasakan masa itu emas sekali. Kalau boleh 24/7 nak penuhi masa tu dengan perkara yang dah dirancang. 

Tapi, di sini lah konflik yang sebenar akan berlaku. Kadang kadang masa kita bersama ahli beit mungkin terbatas. Mungkin time dorang duduk lepak lepak kat ruang tamu, time tu waktu yang kita peruntukkan untuk study.

Kalau tak join, perasaan bersalah tu muncul. Tapi, nak join, taw masih banyak yang perlu dicover.

Kat point ini lah mula terbit rasa , adakah aku dah tunaikan hak aku sebagai ahli bait dengan sebaiknya?

Persoalan yang sering timbul dalam seminggu dua ini.

Dan dalam tidak sedar, gaya percakapan aku semenjak ini berubah sikit. Dan aku sendiri tahu mengenai puncanya.

(*Tetiba, terus ingat dekat kertas biru yang aku dapat sebelum ini. Isu sama ditegur. Nah, masa untuk berubah!)

Tapi, bila fikir semula, betapa tidak matangnya aku dalam menangani masalah itu. Kadang2 melalui percakapan kita sahaja bisa melukakan hati orang lain. :(

Ternyata teguran itu menyedarkan aku. Terima kasih ukhti. Hidup kita ini perlukan teguran setiap hari kerana melalui teguran la kita tahu di mana kekurangan kita.

In shaa Allah akan cuba melakukan perubahan yang terbaik. Pernah dengar ungkapan ini, adalah lebih baik untuk kita mendiamkan diri daripada mengeluarkan perkataan tetapi ternyata ia hanya akan menyakiti hati orang lain. 

* Ternyata, pencarian itu tidak boleh dihentikan. Kerana, apabila pencarian itu terhenti hatta buat seketika, diri ini mula goyah.

* Dan usaha itu sendiri perlu datang diri aku sendiri, bukan hanya mengharapkan pencarian itu akan berjalan seorang diri.

Dan sebenarnya kehidupan seharian ini  ternyata sebuah ujian kepada diri sendiri. Tempuhilah cabaran dan ujian itu dengan sebaik baiknya kerana dalam Al - Quran sendiri 

Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan " Kami telah beriman" , sedang mereka tidak diuji lagi ? [Al - Ankabuut : 2]

Dan berpeganglah kepada ayat ini, :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu perkara, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
 [Al - Baqarah : 216]

dan juga ayat ini :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al- Baqarah : 286]






Tuesday, January 1, 2013

Sekadar Luahan

Post kedua. Dalam satu hari yang sama. Petang sebelum paper pada esok hari? *geleng kepala*

Bulan.

Rindu nak menatap bulan sebenarnya.

Sejak pindah ke rumah ni, kedudukan bilik tidak lagi memungkinkan aku untuk melihat atau merenung bulan pada waktu malam lagi.

Tidak seperti tahun lepas.

Sebelum tidur, bulan pasti akan menjadi tempat wajib untuk direnung.

Jika terjaga daripada tidur pada tengah tengah malam, masih bulan menjadi pilihan.

Oh, betapa aku rindukan bulan.

Bulan, hanya dengan sekadar melihatnya, ada satu perasaan yang tidak mampu dijelaskan di sini.

Menenangkan perasaan mungkin. Bisa mengurangkan kerinduan kepada mereka di Malaysia.

Pernah dengar orang berkata, jika rindukan seseorang, pandanglah bulan. Kerana kita memandang bulan yang sama.

********************************************************************************

Bakal memasuki dekad kedua dalam kehidupan. Ternyata masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik pejam celik, bakal tidak bergelar belasan tahun lagi. Bakal memasuki alam puluhan. Oh, it sounds very old. Tapi hakikatnya, aku dah berusia 20 tahun, jika diukur menggunakan tahun Hijrah.

Masa untuk berubah yang pasti. Kerana, dari hari ke hari, usia bertambah. Usia bertambah menunjukkan kita semakin hampir dengan kematian.


Ya Allah, sesungguhnya Engkau lah pemilik kepada hati ini. Maka, tetapkan hati kami 
ke jalanMu Ya Allah. Kepada AgamaMu Ya Allah.



Sunday, December 9, 2012

DIA

That Person..

Dia seorang yang begitu istimewa bagi diri aku.

Teramat istimewa.

Dialah abang, dialah adik,dialah kawan baik,dialah kawan gaduh,dialah peneman, dialah orang suruhan, dialah ketua, dialah penasihat. Dialah segala galanya. Cuma yang pasti dia tidak akan sesekali menjadi suami kepada aku. :)

Dia sentiasa berada bersama sama aku.

Walaupun terpisah antara dua benua, setiap hari tidak berhubung rasa tidak kena. Seperti kosong sahaja hidup ini. Rase seperti hilang sesuatu.

Bagi aku, dialah pendengar yang paling setia. Walaupun usia yang lebih muda 5 tahun daripada diri aku, ternyata kadang kadang pemikiran dia jauh lebih matang daripada diri aku sendiri.

Pembakar semangat? Masih tetap dia.

Sentiasa memberi semangat kepada aku dalam diri dia sendiri tidak sedar.

Ada masalah? Dia orang pertama yang akan aku cari.

Aku akan luah dan cerita segalanya.

Walaupun mungkin dia tidak mampu selesaikannya, aku selesa bercerita dengan dia. Tiada rahsia antara kami. Cerita pasal crush pon dia tetap akan dengar.

Sifat protective yang ada dalam diri dia buat aku semakin salute pada dia.

Sekali datang sifat itu, dia bukan lagi seorang adik. Dia berubah menjadi seorang abang. Rasa selamat itu hadir dalam diri aku.

Dalam masa yang sama, dia masih lagi seorang budak. Adik. Suka disayangi dan menyayangi.

Dan dia juga menjadi idola aku untuk terus menjadi kuat sepanjang bergelar pelajar perubatan di sini.
Di sebuah negara asing. Terus kekalkan momentum dalam belajar.

Cabaran daripada dia akan aku cuba untuk kecapi!

Dan nasihat dia agar kami sentiasa banggakan our parents sentiasa berada di minda.

Trust me !

Semua cabaran akan aku cuba sedaya upaya untuk laksanakan!




Friday, December 7, 2012

That feeling


That feeling....

Bila kita dapat meluahkan apa yang terbuka di hati tanpa melukakan hati orang lain.

SubhanaAllah. Sungguh indah rasanya.

Sungguh, :)

Kadang kadang.

Kita terlalu cepat mentafsir.

Kita terlalu cepat membuat konklusi.

Sikap yang bisa membawa aura negatif.

Sikap yang bisa membawa kepada permasalahan.

Ape pon, sentiasa berlapang dada. Mungkin payah untuk dilakukan, tetapi cubalah walau hatta sedikit.

Kerana, jika tiada permulaan, bagaimana akan wujudnya hasil.

Sentiasa berfikiran positif.

Ambil masa untuk bertenang.

Jangan lakukan sebarang keputusan andai diri sedang dipenuhi dengan kemarahan.

Kerana penyesalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan ketika marah tidak berguna lagi.

Terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak perkataan, hanya penyesalan menyelubungi diri.

Lihat satu keadaan itu daripada pelbagai sudut.

Luaskan view of vision anda.

Apa guna binocular vision bukan?

Jangan terhad kepada satu sahaja.

Gunakan nikmat yang Allah kurnia untuk kebaikan.

Dan yang paling penting, andai ditimpa masalah :

Mengadulah hanya kepada Si Dia dalam doa yang tidak putus.


Dan sesungguhnya, redhailah sebarang ketentuan Ilahi. :

Orang orang yang beriman itu, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah [58:22]


Tuesday, December 4, 2012

Sakit itu Nikmat

Bismillahirahmanirahim.

Sakit itu ujian, pelajaran, rehat, ukhuwwah, kemanisan cinta Allah, dzikir.

Pernah terbaca :

Ketika Allah sedang merindui hambanya, Allah akan menghantar sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang dinamakan UJIAN.

Dush! Straight to the papillary muscle.

Mungkin aku terleka. Sehinggakan Kau turunkan ujian ini. Aku bersyukur Ya Allah. Kerana aku masih terpilih untuk menerima ujian daripada-Mu. 

Akan ku terima ujian ini dengan hati yang penuh terbuka. Mungkin melalui ujian ini jua ukhuwwah itu dapat dirasai kemanisannya.

Moga ujian ini dapat merapatkan lagi diriku dengan diri-MU. 

Kuatkan hati ku Ya Allah. 

Teguhkan hati yang lemah ini.

Jangan Engkau palingkan hati ini.

Tetapkanlah hati ini di atas landasan yang benar.


Monday, December 3, 2012

Andai Ku Tahu

Assalamualaikum...

After a long long long time, finally, today.

Meninggalkan dunia menulis seketika kerana cuti dan kesibukan setelah memasuki tahun dua di dunia medik ini ternyata berjaya membuat ak rindu untuk menulis.

Bukan senang untuk terus istiqamah dalam melakukan sesuatu. Contoh yang mudah. Nah, lihat sahaja bagaimana dengan mudahnya aku meninggalkan dunia penulisan ini seketika. Jika perkara ini pon aku tidak mampu, bagaimana aku ingin istiqamah dengan perubahan yang dituntut oleh Islam itu sendiri? Tepuk dada tanya hati.

Bergelar sebagai pelajar tahun dua juga berjaya membuka mata dan perspektif terhadap perkara baru.

Ternyata tahun ini berbeda sekali jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya,

Kehactickannya melampau jangkaan. Ternyata tanpa perancangan yang jitu, diri ini mampu tersilap arah. Melawan arus mungkin.

Dan kehacticnya berjaya mambuat terfikir, bagaimana kehidupan akan datang. Setelah bergelar seorang doctor, isteri, ibu, anak dan menantu?

Ternyata persediaan perlu dilakukan daripada sekarang. Multi tasking itu penting. Merancang itu juga penting.

Dan setiap masa itu perlu diguna sebaik baiknya. Bukan dipenuhi dengan perkara yang melaghakan.
Kerana masa yang telah lepas tidak akan kembali lagi.