Tuesday, April 30, 2013

Thursday, April 25, 2013

Tanggungjawab : Exam Mode


Bismillah.
25 April 2013. 2023

Esok, tinggal lagi 28 hari before final. Masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik, naa, nak final dah. Persediaan? In the making. *gayamacambuatmovie*

Practical exam pun dah lepas 50%. Banyak sebenarnya yang kalau kita perhatikan secara halus, ibrah yang kita boleh dapat daripada exam tu sendiri.

Kadang2, bukan sebab usaha kita yang kuat baca buku tu, stay up sampai pukul 3,4 pagi, or tak tidor malam yang jadi punca  kita dapat jawab soalan dengan betul dan stailonya. Kadang2, jawapan kepada soalan tu Allah hantar melalui orang yang berada di sekeliling kita. Nampak tak betapa kita sebenarnya tak boleh nak berasa angkuh dengan kejayaan or even pencapaian kita? Sebab, itu belum tentu datang 100% daripada usaha kita secara solidnya. Dan yang paling, kerbergantungan kat Allah tu yang paling penting!

Dan jangan lupa, bahawa semua ilmu yang berada di alam ni, semuanya milik Allah. Sebab tu kita tak boleh nak kekwat (sombong) dengan apa yang kita. Sebab, kalau nak dibandingkan, ilmu kita tu umpama setitik buih di lautan yang sangat besar. And again, that's why, kita kena share ilmu yang kita ada dengan orang sekeliling. Ilmu yang ada, tapi tidak diamalkan, tiada gunanya. And still, bukannya kalau kita share ngan orang lain, kita akan jadi miskin ilmu. Tetapi, kita akan dapat benefit yang tidak ternilai.

Writing of that, kadang kadang dalam kita duduk busy study ni, kita kadang2 terambil hak orang lain taw. Macam mane? Simple as ABC.

Situasi pertama:  Dalam sibuk kita tenung buku tu, kita maybe termasak lambat. If that day is our turn to cook la kan? Then, our housemates will be in a state yang kalau buku tu boleh makan, dengan buku buku tu dia telan. See, just because kita 'fokus' sangat, our housemate tu dah lapar. DAH TERAMBIL HAK DIA.

Situasi kedua : Kita ni jenis kalau study, jenis yang kena dengar lagu, baru la segala apa yang kita bace tu, masuk solid dalam kepala otak kita. Ok la kalau kita pakai earphone ke, headphone ke, or apeapephone la dop? Tapi cuba bayangkan, dalam kita duduk leka mendengar tu, tanpa sedari kita kita terMENYANYI sekali. Konon, nak masuk audition Akademi Fantasia . Untuk sekali dua, orang yang menadah telinga tu maybe boleh tahan. Tapi kalau for the whole time during study week tu, what do you expect from the person yang kena mendengar tu akan rase? Kalau tak boleh nak agak, tak pe. Cuba bayangkan kalau kita yang kena menadah telinga. Akan ada sampai satu tahap kita akan rasa bengang gila dop? So, bersederhanalah dalam mendengar lagu. (situasi ini akan terbatal serta merta kalau anda tak de roomate or ada roomate, tapi roomate tu jenis tak kesah. Jenis yang kau buat la suka hati kau) Tapi still la, kita kena consider feeling dia and bertolak ansur la yer.

Situasi ketiga : Hak sebagai housemate lagi. Kali ini, bab jalankan tanggungjawab dalam membuat kerja kerja rumah like basuh toilet ke, kemas dapur, sental dapur, mop rumah, or ape ape yang semua dah pakat setujui la nak buat secara gotong royong. Kadang kadang dalam kita duk fokus study tu, kita lupe nak buat semua kerja kerja atas. Tambah lagi kalau ada pulak housemate laen yang jenis akan buat part kita kalau kita tak buat. Kat sini ada pro and cons dia. Ape pro? Housemate laen yang buat tu yang tolong buat tu akan dapat asahkan skill dia dalam handling rumah. Persiapan untuk kahwin? Kita yang tak buat ni? Rugi wooooii. Rugi tak dapat asahkan skill untuk future dan yang paling penting, kita dah TAK AMANAH! Ye la, tu kira tanggungjawab kot. Pastu tak buat. Free free je kurang pahala. Dan yang paling penting, kadang2 isu ni boleh bawak kepada perselisihan faham taw. Ye la, yang tukang buat tu, awal2 boleh la terima kenyataan. Tapi bila kita yang tak buat ni dah naik lemak (baca:buat derk je ngan tanggungjawab kita), memang sah sah la boleh meletup si tukang buat tu. Kalah letupan gunung berapi kot. Jadi, bila masing2 ingat dan buat tanggungjawab tu, in shaa Allah semua akan hidup dengan bahagia. Tak de nak cakar2 muka antara satu sama lain.

Banyak lagi situasi yang akan muncul time study weeks ni. Tapi cukup la dengan yang atas. Aku pun bukannya bagus, Tapi anggap ni sekadar peringatan bersama sama ok. Memang dah nature yang manusia itu sifatnya pelupa. Yang perlu diingatkan selalu.

Kepada GEN11US, selamat mengharungi study weeks! Jangan lupa tanggungjawab masing masing dalam sibuk berkapel dengan buku tu. Sebab mungkin kita tak sedar yang kalau kita tak buat apa yang dah diamanahkan kat kita tu, mungkin boleh jadi antara punca tertutupnya hijab kita time nak jawab exam bulan 5 nanti. 

Wednesday, April 10, 2013

Mixed


Bismillah.
10 April 2013.

Praktikal Physiology alhamdulillah dah lepas. Weber compass menjadi weber combus. Memang menarik.

Twitter deactivated 3 hari lepas. Kini di activated balik. Kenapa? Ntah.

Serabut. Tapi bila call Malaysia, serabut tu hilang camtu je. Tapi terkesan gila ngan ape yang dorang cakap. Sebab tu kot, call family as frequent as you can.

Kini mula menemui alasan yang kukuh untuk teruskan momentum itu.

Senyuman ternyata memberi kesan yang kuat. Kenapa? Effect dia masih ada sampai sekarang.

Mesir  - Malaysia. Abah said, aku dah buat macam Kuala Lumpur - Kemaman. Sebab ada 3 bulan je lagi nak balik. Sedangkan baru 2 bulan lebih sikit datang balik ke Mesir ni hah. What to do abah. Angah yg duduk kat Shah Alam tu pun balik 2 minggu sekali, so, me yang duduk kat Mesir ni balik 2 kali setahun kira ok je la kan ? XD

Rindu kat adik2 memang tak boleh nak nafikan la. Teringat apa yang adik cakap semalam. During our conservation, berlakon main polis polis. He said  'Kakak, anda ditahan kerana telah melakukan kesalahan iaitu tidak pulang ke Malaysia sekarang ' . Terdiam kejap. Just kena tahan at least for 3 bulan je lagi!

Till then...

Monday, April 8, 2013

Kekuningan


Bismillah.

8 April 2013.

Bila hati gelisah, tak tenang, tak tenteram.

Bila mood itu hilang.

Bila tak boleh nak buat ape ape.

Aku hanya perlukan masa dan ruang untuk bersendiri.

And today, mengemas bilik ternyata mengubati.

Mengorganizekan balik diri sendiri.

Mengsistematikkan balik diri sendiri.



Hari ni Mesir berlangitkan kuning. Moga ia dapat membawa keserabutan ini sekali apabila langit kembali berwarna seperti biasa. 

Sunday, April 7, 2013

No Tittle


Bismillah.

7 April 2013.

Semakin lama, semakin dalam.

Semakin dalam, semakin payah.

Semakin payah, semakin kacau.

Semakin kacau, semakin pening.

Semakin pening, nahh.. aku sendiri dah tak taw semakin apa.

Tapi yang pasti, ada lagi 7 minggu nak exam final written.

Praktikal dah mula semalam.

Orang cakap, ntah, aku pun tak taw orang cakap apa.

One thing for sure, ntah. BLUR!