Wednesday, November 27, 2013

New Life, New Hopes.



28 November 2013.


Finally! Get the chance to tekan this keyboard!

A lot of things had happened for the past 2 months.

We plan, Allah plans as well. Still Allah plans are the best for us.

Still trying to adapt to this new world. 

2 tahun terbiasa dengan system Mesir, untuk menjalani rutin yang agak packed di Malaysia, kekuatan adalah kata kunci.

Do pray for us!


p/s Selagi tak dapat student card di sini, i'm still an illegal student. Consider myself as 'budak Mesir'. Thats what people here called us.



Thursday, June 20, 2013

Pasca Biochem a.k.a Feast Food?


Baru ada masa nak tulis post ni. Maka, timeline kejadian adalah 4 hari lepas.

17 June 2013.

Okeih, Hari ini hari exam Written Biochem. Biochemmmmmmmmmmm weih. Ok dah. (Kesan jawapan written sangat la menarik)

Before exeng ni, ada la buat satu perjanjian ngan budak ni. Kita org cakap, sape yang boleh habiskan baca buku biochem dalam masa tiga hari (yakni from 9 June till 12 June), yang kalah kena belanja yang menang makan kat Beanos. Well, mase tu Red Velvet la jadi pertaruhan. Sebab dua dua gilakan RV ni. Tapi mase tu la.

Okeih, lepas exeng petang tu, maka, kami pun berdua pun pergi la ke Maadi. Mase ni, ini adalah kunjungan kehormat aku ke Maadi kali 4 dalam masa 6 hari. So, mase dalam Metro otw ke Maadi tu, tetibe je, aku keluarkan statement, ' Weih Bella, jom gi Mori Sushi'. Bella pun, 'Okeih jom, aku pun ada terdetik nak gi Mori Sushi'

Maka, sebaik saja sampai ke Maadi, maka terkedek kedek la kita orang pergi ke Mori Sushi. Ini merupakan kunjungan pertama aku ke Moshi ni. Sebab aku bukan la sushi punya peminat. Tapi at least kena la cuba makan kan?

Sampai Moshi, terjumpa pulak ngan akak2 dari ASU. Dorang pun baru habis exeng Microb. Cakap cakap ngan dorang jap. Pastu kita org pun pergi la duduk. Okeih, pastu bila nak order, mula la dua dua muka selange. Tak tahu nak order apa. Sebab sushi apa yang best????????? Hahaha. Okeih, so kita orang order dulu noodles ngan air dulu. Sementara aku pergi mintak back up dengan mesej orang yang biasa jadikan MOSHI ni as second home dorang. HAHAHA. So, lepas dah ada list ape yang suitable tu, kita pun order la., erm, jap, aku lupa nama sushi tu. Dynamite Roll rasenya.  Tengok gambar je la nanti eh. HAHAHA. Oh yer, kita org pun order , ala! aku lupa lagi sekali nama makanan tu, tapi dia ayam. Rasa macam ayam percik. If tak salah, nama dia huruf 'Y'.

Lepas makanan sampai, kita org pun makan la. Sambil cakap cakap la for sure. Perempuan mane boleh pisah ngan bercakap. Hahaha. Bila sushi sampai, aku ambik la sebiji untuk makan. Hah! Masa ni epic gila. Punya la banyak wasabi aku celitkan kat satu sushi tu. Nak cover rasa mentah dia. Penyudahnya, Bella habishkan sushi 8 biji tu. Eh tak. 4 je. Sebab 3 lagi take away bawak balik. Aku habiskan ayam yang ala ala ayam percik tu. Ada 3 stick semuanya. And ada every stick tu ada 3 kepingan. Maka conclusionnya --> AKU BUKANLAH PEMINAT SUSHI!

Lepas sejam lebih kat Moshi, maka next destination is Beanos. Pergi Beanos sebab nak beli kek RV yang Aina kirim. Mase ni, kalau ikut nafsu aku, nak jugak aku cekup satu RV ni bawak balik. Tapi memikirkan fulus yang  tak berapa banyak, metang2 dah nak balik Mesia, aku tahan la nafsu tu. HAHA.

Lepas Beanos, kita orang pergi Aunt Anne pulak. Otw pergi Aunt Anne tu, dah ketawa dah. Sebab kita orang dah feeling macam orang kaya gila. In one day, 3 kedai kita orang gi serbu. Well, this is what BIOCHEM did to us. Hahaha.

Masa kat Aunt Anne tu, plannya nak beli apa yang Kaa kirim je. Tapi entah macam mane, Bella nak makan jugak pretzel kat situ. So, basically, kita orang makan untuk sesi kedua kat Aunt Anne pula. Ni kira tea time la. Yang kat Moshi tu kira lunch. HAHAHAHA

Dekat almost sejam jugak la berkhemah kat Aunt Anne tu. Lepas tu kita orang pun balik. Sebab tak solat asar lagi masa tu. And paling penting, nak gi rumah Zura pulak. Dia ajak MAKAN. Yeah. Makan weih!

So, itu la cerita pasca Biochem. Dekat nak magrib, aku satu rumah pergi buat lawatan muhibah ke rumah Zura. Dan kami dijamu dengan NASI HUJAN PANAS! Feveret i tu. Nasib aku tak sasau macam orang gila hari tu. HAHAHA

So, hasil Biochem, perut dikasihi dengan Mori Sushi, Beanos, Aunt Anne dan juga Nasi Hujan Panas.

Dan semalam, 19 June 2013, lepas oral Biochem, aku buat kunjungan kehormat untuk kali 5 ke Maadi. Kali ni ke Spectra. Ber'SC' di sana.

 Within 8 days, 5 kali aku pergi. Rasa boleh dah Government Mesir bagi aku membership card untuk Metro, Maadi dan juga Airport. Sebab aku kira pengunjung setia la jugak untuk tiga tempat ni dalam tahun ni :) Kot kot jadi duta tempat2 ni pun aku tak kesah. Bahagia la jugak!

Nah gambar hasil kunjungan murni untuk perut tapi sengsara bagi beg duit aku. HAHAHA

Ni Air Iced Mocha! Kat Beanos! Me lurve it
Red Velvet. 
                 

Chicken Noodle kat Moshi. Aku rasa tu macam meggi je.
                       
  

Dynamite Roll aku rasa name dia ni. 

Ni la ayam penyek yang aku tak tahu nama tu.

Kita take away apa yang tah habes york. Sebab membazir amalan syaitan.


Geram aku tegok cinammon stick ni! Gambar ni cantik somehow aku tengok. 
Aku dan Lemon tak dapat dipisahkan.
This is Strawberry Lemonade.
And i love the caption toooooo much.
'Sorry, I'M Pre - Occupied Right Now.'

Wednesday, May 29, 2013

Dua Dalam Satu


Pasca Oral Phyiso. 30 May 2013

Akan ada dua cerita yang langsung tak berkait dalam satu post! Jangan relate kan cerita A dan B :) Kerana mereka bukan adik beradik. Ahaks!

Well, semalam ok. Nice. Walaupun time aldosterone tu, tak da idea satu pun nk ckap kat doc. Memang muka blur je dipersembahkan kepada doc. Ada la something wrong somewhere tu, sebab kalau ikutkan, before exam, aldosterone tu aku terang dengan menariknya kat Fairuz.

Tapi tak pe, 5 question lain, alhamdulillah. Doctor motor tu (sampai sekarang tak tahu nama) best! Moga score tinggi la ngan dia.

Ok. Ape yang jadi semalam, akan jadi sejarah. So, move on. Tak perlu nak berulit sayang, berdondang sayang dengan semalam. Ada tiga campur satu lagi subject nak kena baca dan hafal. Oh yeah!

Bila kita dah tetapkan pendirian, sometimes akan datang something untuk uji kuat tak pendirian kita tu. Muslim takkan jatuh dalam lubang yang sama dua kali.

Ada satu kata, pertama kali mungkin itu adalah kesilapan. Tapi, untuk kali kedua, itu bukan lagi kesilapan, itu ada pilihan kita sendiri. Jangan nak cakap, kesilapan kali kedua aku ni. Nope, it is absolutely ur CHOICE!

So,those who cannot learn from history are doomed to repeat it. Moga tak termasuk dalam golongan ini. 

Biarkan permulaan itu bermula dengan yang biasa.

And, fact bout it, walaupun tak ramai tahu, tapi aku yakin, semuanya hanya based on it. 

Walaupun few of them asked the real reason. Nope, aku yakin it is not related at all.




*Sekali jadi ahli GEN11US, selama lamanya akan jadi ahli GEN11US* <----- sumpah aku rasa bahagia dengan statement ini,

Tapi, 
*Kita datang sama sama, naik charted flight sama sama, kita balik pun mestilah sama sama* <---- selalu dengar ungkapan ni, tapi ungkapan hanya tinggal ungkapan kalau hanya meniti di bibir. Di hati, tak berbekas langsung statement ni.

Nampak kawan dah sipi sipi nak masuk gaung, ape function kita? Sekadar memerhati atau tarik balik tangan dia biar jauh daripada gaung tu?

Menjadi pemerhati atau penarik tangan, itu pilihan masing masing. Tapi, dekat sini, we only have each other. We are one big family. Dia lah mak, dia la ayah, dia la kakak, dia la abang, dia la adik. In family, we support each other. And yes, untuk aku yang pernah alami saat jatuh di atas tanah, support system itu yang ajar aku balik untuk bangun. Walaupun dalam proses untuk bangun itu, many times aku terjatuh semula. 
Trust me, support system itu sangat penting. 

Ok. Perlu kembali ke realiti. Sesi mewarnakan buku Histo. 



Thursday, May 16, 2013

Liver


Hati.

Kalau ikut definisi medic, liver la kan? Liver ni kira vital organ la dalam badan kita. Banyak berlaku proses2 yang penting dekat sini. Itu kalau bercakap thru saintifik way la.

Tapi kalau tengok thru other side, hati ini tempat lahirnya perasaan.

Tak kisah la kasih sayang ke, rindu ke, benci ke, marah ke, semua akan refer ke hati.

Tengok contoh, sakit hati, suka hati, geramnya hati.

Bila cakap pasal hati ni, hati ini ibarat jelly kau tahu. Tak tahu ape itu jelly? Agar agar la.

Dia boleh jadi cair. Tapi dia juga boleh jadi keras. Bergantung kepada macam mana kau inginkan hati tu jadi.

Dengan situasi sekarang, pilihan yang paling tepat is dengan masukkan 'jelly' itu ke dalam peti ais. Kalau boleh dekat bahagian frozen tu. Tiba masa untuk hati tu dah jadi keras kaku.

Sebab, sepanjang dia menjadi agak cair, jalan yang dipilih ternyata jalan yang salah.

Bila batu bata jatuh terhempap kat muka, baru lah sedar dari kealpaan selama ini.

Kalau lah keras, mesti time hempapan itu berlaku, tak kan terasa.

Well, salah sendiri. Biar lama sangat kat atas meja kat ruang tamu sape suruh?

Tapi macam semua orang tahu, bukan semua tempat kau perlu jadi keras. Pandaikan diri untuk mengawal darjah kekerasan itu.

Till then.



Tuesday, May 14, 2013

Sunday, May 12, 2013

Gwiyomi


2348, 11 May 2013

Ending of an 'awesome' fairytale story.

Having a very open discussion semalam.

Kata akhir dah diputuskan.

Malu kot. Tapi tu la pengalaman dan pengajaran untuk kehidupan aku.

Tapi satu perkara yang bagus, sebelum kebenaran itu terungkap, aku dah berada dalam kebenaran itu.

Jadi, bila kebenaran itu dah direvealedkan, at least, aku dah dalam position sedikit bersedia. Yeah~~~

*tajuk tiada kaitan dengan cerita, namun dia ada makna yang mendalam dengan cerita ini*

*cerita Kak Belle dan suaminya sangat menarik. ianya bukan sekadar BM, tetapi konsep bagaimana Kak Belle serah segalanya kat Allah sangat menyentap jiwa. Bukti redhanya Kak Belle dengan segala ketentuan Allah, Allah kurniakan yang terbaik untuknya*

Thursday, May 9, 2013

Viber



Duduk vibering with the family, dan tanya Ma camna nak naikkan semangat nak study ni? Duk hilang je semangat tu. Ma jawab, 'Kakak lompat tangga, pastu naik balik tangga tu. Nanti naik la semangat tu'
Pastu dua dua ketawa. Thats Ma, never used ayat yang biasa2 untuk naikkan semangat aku. Dan rasenya, tak perlu dah kot nak lompat tangga. Sbb dah naik macam tu. Thats the magic thing that Mom can give to her children! Thank You Allah! :)

And yes. rasenya kali ni, kalah dengan homesick tu sendiri. Even dah balik dah time winter ari tu. Ari ni kalah dengan air mata sendiri. HAHAHA. Tapi, lets make the air mata yang termenitis tu sbgai semangat nak study.

Pesanan penaja :

Call la family sekerap yang boleh dalam minggu belajar ni. There are something that can't be explained how one phone call can make you become more semangat dalam belajar!

 

Monday, May 6, 2013

Take One Step Back


Keadaan kembali tenang.

Betul la orang cakap, kalau kita admit kesalahan kita, hidup tak susah. Tak perlu untuk fikir hal lain.

Betul la apa yang B cakap kat aku, 'Aima, kau dah ada jawapan kepada persoalan kau tu. Cuma ade banyak sumber.'

So, since that, aku buat keputusan untuk tenang dan perhati. And yes, from doing that, aku dah dapat jawapan dia.

Mungkin ini yang terbaik. Terbaik untuk dia. Hopefully, no more terasa, dirasai, merasai disisihkan. Dan mungkin ini persediaan untuk masa hadapan? Berganjak selangkah ke belakang bukan cara yang salah. Atau cara seorang yang gagal. Tapi, mungkin jalan penyelesaian kepada semua permasalahan sebelum ini.


*someonesaidtome, doalah kepada Allah agar kita sensitif kepada perasaan orang lain, tapi tidak sensitif kepada perasaan sendiri*

Menjadi minoriti juga mengajar aku bagaimana untuk menghadapi situasi itu :)

Wednesday, May 1, 2013

Recovering


Mood = Recover

Ada dua sebab je akan masuk dapur untuk baking.

a) Mood tak de (baca=tepubaca)

b) PRE EXAM

kali ni, dua dua sebab menyebabkan masuk dapur.

Mangsa kali ni, KEK COKELAT.

yadaaa!! housemate bahagia, aku pun bahagia.

Hantar gambar ni kat Line, along said, if aku kekalkan sifat ni kat Malaysia, mesti makin ramai sayang aku. Hello, uollz tak sayang ke selama ni? Hahaha. 

Tapi, dorang terkezut aku sempat lagi nak berbaking walaupun esok nak exam. Angah cakap, dulu time dia nak exam, nak turun gi cafe kat UIA tu tak sempat taw.

Well, aku rase, maybe suasana kat sini yang kalau tepu baca, buat something yang bermanfaat kat orang lain?

Ok bye. Nak lukis histo. Lalalala ~~~

Tuesday, April 30, 2013

Thursday, April 25, 2013

Tanggungjawab : Exam Mode


Bismillah.
25 April 2013. 2023

Esok, tinggal lagi 28 hari before final. Masa berlalu dengan pantas. Pejam celik pejam celik, naa, nak final dah. Persediaan? In the making. *gayamacambuatmovie*

Practical exam pun dah lepas 50%. Banyak sebenarnya yang kalau kita perhatikan secara halus, ibrah yang kita boleh dapat daripada exam tu sendiri.

Kadang2, bukan sebab usaha kita yang kuat baca buku tu, stay up sampai pukul 3,4 pagi, or tak tidor malam yang jadi punca  kita dapat jawab soalan dengan betul dan stailonya. Kadang2, jawapan kepada soalan tu Allah hantar melalui orang yang berada di sekeliling kita. Nampak tak betapa kita sebenarnya tak boleh nak berasa angkuh dengan kejayaan or even pencapaian kita? Sebab, itu belum tentu datang 100% daripada usaha kita secara solidnya. Dan yang paling, kerbergantungan kat Allah tu yang paling penting!

Dan jangan lupa, bahawa semua ilmu yang berada di alam ni, semuanya milik Allah. Sebab tu kita tak boleh nak kekwat (sombong) dengan apa yang kita. Sebab, kalau nak dibandingkan, ilmu kita tu umpama setitik buih di lautan yang sangat besar. And again, that's why, kita kena share ilmu yang kita ada dengan orang sekeliling. Ilmu yang ada, tapi tidak diamalkan, tiada gunanya. And still, bukannya kalau kita share ngan orang lain, kita akan jadi miskin ilmu. Tetapi, kita akan dapat benefit yang tidak ternilai.

Writing of that, kadang kadang dalam kita duduk busy study ni, kita kadang2 terambil hak orang lain taw. Macam mane? Simple as ABC.

Situasi pertama:  Dalam sibuk kita tenung buku tu, kita maybe termasak lambat. If that day is our turn to cook la kan? Then, our housemates will be in a state yang kalau buku tu boleh makan, dengan buku buku tu dia telan. See, just because kita 'fokus' sangat, our housemate tu dah lapar. DAH TERAMBIL HAK DIA.

Situasi kedua : Kita ni jenis kalau study, jenis yang kena dengar lagu, baru la segala apa yang kita bace tu, masuk solid dalam kepala otak kita. Ok la kalau kita pakai earphone ke, headphone ke, or apeapephone la dop? Tapi cuba bayangkan, dalam kita duduk leka mendengar tu, tanpa sedari kita kita terMENYANYI sekali. Konon, nak masuk audition Akademi Fantasia . Untuk sekali dua, orang yang menadah telinga tu maybe boleh tahan. Tapi kalau for the whole time during study week tu, what do you expect from the person yang kena mendengar tu akan rase? Kalau tak boleh nak agak, tak pe. Cuba bayangkan kalau kita yang kena menadah telinga. Akan ada sampai satu tahap kita akan rasa bengang gila dop? So, bersederhanalah dalam mendengar lagu. (situasi ini akan terbatal serta merta kalau anda tak de roomate or ada roomate, tapi roomate tu jenis tak kesah. Jenis yang kau buat la suka hati kau) Tapi still la, kita kena consider feeling dia and bertolak ansur la yer.

Situasi ketiga : Hak sebagai housemate lagi. Kali ini, bab jalankan tanggungjawab dalam membuat kerja kerja rumah like basuh toilet ke, kemas dapur, sental dapur, mop rumah, or ape ape yang semua dah pakat setujui la nak buat secara gotong royong. Kadang kadang dalam kita duk fokus study tu, kita lupe nak buat semua kerja kerja atas. Tambah lagi kalau ada pulak housemate laen yang jenis akan buat part kita kalau kita tak buat. Kat sini ada pro and cons dia. Ape pro? Housemate laen yang buat tu yang tolong buat tu akan dapat asahkan skill dia dalam handling rumah. Persiapan untuk kahwin? Kita yang tak buat ni? Rugi wooooii. Rugi tak dapat asahkan skill untuk future dan yang paling penting, kita dah TAK AMANAH! Ye la, tu kira tanggungjawab kot. Pastu tak buat. Free free je kurang pahala. Dan yang paling penting, kadang2 isu ni boleh bawak kepada perselisihan faham taw. Ye la, yang tukang buat tu, awal2 boleh la terima kenyataan. Tapi bila kita yang tak buat ni dah naik lemak (baca:buat derk je ngan tanggungjawab kita), memang sah sah la boleh meletup si tukang buat tu. Kalah letupan gunung berapi kot. Jadi, bila masing2 ingat dan buat tanggungjawab tu, in shaa Allah semua akan hidup dengan bahagia. Tak de nak cakar2 muka antara satu sama lain.

Banyak lagi situasi yang akan muncul time study weeks ni. Tapi cukup la dengan yang atas. Aku pun bukannya bagus, Tapi anggap ni sekadar peringatan bersama sama ok. Memang dah nature yang manusia itu sifatnya pelupa. Yang perlu diingatkan selalu.

Kepada GEN11US, selamat mengharungi study weeks! Jangan lupa tanggungjawab masing masing dalam sibuk berkapel dengan buku tu. Sebab mungkin kita tak sedar yang kalau kita tak buat apa yang dah diamanahkan kat kita tu, mungkin boleh jadi antara punca tertutupnya hijab kita time nak jawab exam bulan 5 nanti. 

Wednesday, April 10, 2013

Mixed


Bismillah.
10 April 2013.

Praktikal Physiology alhamdulillah dah lepas. Weber compass menjadi weber combus. Memang menarik.

Twitter deactivated 3 hari lepas. Kini di activated balik. Kenapa? Ntah.

Serabut. Tapi bila call Malaysia, serabut tu hilang camtu je. Tapi terkesan gila ngan ape yang dorang cakap. Sebab tu kot, call family as frequent as you can.

Kini mula menemui alasan yang kukuh untuk teruskan momentum itu.

Senyuman ternyata memberi kesan yang kuat. Kenapa? Effect dia masih ada sampai sekarang.

Mesir  - Malaysia. Abah said, aku dah buat macam Kuala Lumpur - Kemaman. Sebab ada 3 bulan je lagi nak balik. Sedangkan baru 2 bulan lebih sikit datang balik ke Mesir ni hah. What to do abah. Angah yg duduk kat Shah Alam tu pun balik 2 minggu sekali, so, me yang duduk kat Mesir ni balik 2 kali setahun kira ok je la kan ? XD

Rindu kat adik2 memang tak boleh nak nafikan la. Teringat apa yang adik cakap semalam. During our conservation, berlakon main polis polis. He said  'Kakak, anda ditahan kerana telah melakukan kesalahan iaitu tidak pulang ke Malaysia sekarang ' . Terdiam kejap. Just kena tahan at least for 3 bulan je lagi!

Till then...

Monday, April 8, 2013

Kekuningan


Bismillah.

8 April 2013.

Bila hati gelisah, tak tenang, tak tenteram.

Bila mood itu hilang.

Bila tak boleh nak buat ape ape.

Aku hanya perlukan masa dan ruang untuk bersendiri.

And today, mengemas bilik ternyata mengubati.

Mengorganizekan balik diri sendiri.

Mengsistematikkan balik diri sendiri.



Hari ni Mesir berlangitkan kuning. Moga ia dapat membawa keserabutan ini sekali apabila langit kembali berwarna seperti biasa. 

Sunday, April 7, 2013

No Tittle


Bismillah.

7 April 2013.

Semakin lama, semakin dalam.

Semakin dalam, semakin payah.

Semakin payah, semakin kacau.

Semakin kacau, semakin pening.

Semakin pening, nahh.. aku sendiri dah tak taw semakin apa.

Tapi yang pasti, ada lagi 7 minggu nak exam final written.

Praktikal dah mula semalam.

Orang cakap, ntah, aku pun tak taw orang cakap apa.

One thing for sure, ntah. BLUR!


Sunday, March 31, 2013

Keep on Du'a

  

YA ALLAH, KURNIAKAN KAMI KEKUATAN. HANYA ENGKAU YANG MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK KAMI. ANDAI KATA JALAN ITU YANG TERBAIK, PERMUDAHKANLAH IANYA UNTUK KAMI

Wednesday, March 27, 2013

Hanya Dia Mengetahui


Bismillah. 

27 March 2013.

Tadi time berjalan jalan dekat satu blog,tetibe jumpe this ayat yang sangat la besar maknanya. 

Well, after dah dapat permission daripada tuan empunya, jom kita sama sama hayati dan mohon agar kita semua tergolong dalam golongan itu okeih :)

 "rahsiakanlah cinta di hatimu 
terhadap seorang ajnabi
kerana mungkin dialah jodohmu

mengharap menjadi suri 
atau bidadari di sisi si dia 
bukanlah salah atau haram

tetapi janganlah sampai terabai 
cinta hakiki dek nafsu duniawi

yakin si dia yang dititipkan 
olehNya sedang menunggumu

kerana yang pasti
wanita solehah utk lelaki yg soleh

 peganglah ayat ini maka ia akan pegang imanmu sampai mati"


Maybe ayat ni luahan or isi seorang lelaki. Mungkin.  Tapi as perempuan, aku rase tak salah untuk kita ambik ambik isi penting dalam ayat di atas.

*Kalau sudah jodoh, tidak kemana. Titipkan doa, kerana Allah Maha Mengetahui segalanya*

p/s walaupun post kali ini berunsur atau kelihatan seperti percintaan, ianya mungkin tiada kena mengena dengan diriku sendiri.


Sunday, March 24, 2013

Moga


Bismillah.

25 March 2013.

Dan sungguh kami telah menguji orang sebelum mereka mala sesungguhnya Allah pasti mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya DIA pasti mengetahui orang orang yang dusta- Al Ankabut :3


Said by seorang akak yang aku sayang kerana Allah, Allah uji untuk distinguish manusia. Nak tengok setakat mana kita betul betul nak berubah kerana Allah ataupun tidak. 

Moga terus dilimpahkan doa agar terus kekal kuat dan istiqomah dalam mencari siapa diri aku sebenarnya ini. 



# Tempoh 3 hari bakal berakhir malam ini, detik 12 tengah malam. 

Saturday, March 23, 2013

DUA


Bismillah

24. March 2013

Semakin kita cuba nak buat, semakin banyak, hmm, what should we call it eh?

Semakin banyak halangan kot? Eh tak tak.

First and the most important, hawa nafsu tu yang kita kena lawan dulu! Sebab kalau kita ikutkan hawa nafsu tu,yg negative la kan, memang x berjaya la. Nak tiga hari ke, seminggu ke, setahun ke, even untuk selama lamanya.

So, please please please please  please, kuatkan semangat and cuba atasi nafsu tu dulu!

Till that, hari ni masuk hari ke kedua. Ada masa pernah hampir tewas, and hampir failkan jangka masa tiga hari tu. Kena amanah dengan diri sendiri, dont we? Kalau dengan diri sendiri pon tak boleh nak amanah, then how should you expect that you can be sooooo amanah in the real world nanti?

*  Final exam start on 25 Mei. Means daripada hari ni, tinggal lagi, hmm , exactly 2 BULAN!
Kalau time SPM dulu, ni dah kira bulan pecutan terakhir. So, tunggu ape lagi? MOVE! Dont expect anyone to MOVE you if you, yourself tak MOVE diri sendiri. 

Friday, March 22, 2013

Three


Bismillah.

22 March 2013.

Sebagai permulaan, ayuh kita tetapkan jangka masa selama TIGA HARI. 

Doakan :)


Aulakan keutamaan.

Monday, March 18, 2013

I Wonder How, I Wonder Why



19 March 2013. 0027

Bismillah.


An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I'm all alone
The rooms are getting smaller
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And all my love
We're holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

I tried to read
I go to work
I'm laughing with my friends
But I can't stop
To keep myself from thinking

Oh no
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And all my love
We're holding on forever
Reaching for the love that seems so far

So I say a little prayer
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again

To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from my heart
You're all I'm thinking of
Reaching for the love that seems so far

So so I say a little prayer
Hope my dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love
See you in a prayer
Dreams will take me there
Where the skies are blue
To see you once again my love
All the seas go coast to coast
Find the place I love the most
Where the fields are green
To see you once again my love

My Love - Westlife-
111 days to the last day of paper final.
66 days for the beginning of Final Exam.

Tuesday, March 5, 2013

Senyum 2.0


Kesinambungan from Senyuman.



Sebenarnya since last week lagi, minggu senyum wujud, Why diwujudkan? Jawapan dia sangat cliché

Senyuman tu kan satu sedekah. Part of psychology sebenarnya. .Y? Like before, senyuman tu boleh effect mood orang lain. 

Lepas tu kan lepas tu kan, ada seseorang yang sangat shewiit post kan pic di atas kat FB. 

Bila tengok gambar ni, tetibe feeling untuk senyum tu terus membara. Minggu senyum macam bakal ditukar sebagai everyday senyummmmmmmmm . 

And, tetibe ada seseorang yang shewiiit jugak ( orang lain ) bagi satu link pasal dictionary. It defines meaning behing our names. And i did. Ye la, gegatai nk cari. 

And, the results are sooo....



Ni untuk Aima...


And ni untuk Nabila... XD

*Klik image untuk lagi jelas*

Meaning Nabila memang something else la. " Do not, however, mistake her kindness for weakness because inside, she is a lioness waiting to strike."

Hambik kau, lioness gitu. haha.


Untuk Aima, herm. :) :) :)

Maka, jom amalkan 'EVERYDAYSENYUM'!!! 


Monday, March 4, 2013

Senyuman



Dengan hanya satu senyuman...

Anda bisa merubah hari seseorang.

Anda bisa menggembirakan hati seseorang.

Anda bisa melapangkan hati seseorang.

Anda bisa membuatkan seseorang untuk senyum.

Lihat, betapa besarnya kuasa sebuah senyuman. Tak ternilai.

Maka, senyum lah.

Berikan senyuman yang paling menawan yang anda boleh berikan. 

Thursday, February 28, 2013

Jika Itu


 Bismillah.

Amaran Awal - Post yang dikeluarkan sejurus selepas keputusan Mid Year dikeluarkan. Maka, post berkisarkan result.

This time, aku sendiri tak tahu apa yang terjadi. Exactly after result Anatomy keluar, terpaku, in the state of shock.

Bukan sebab result Anatomy itu. TAPI disebabkan OVERALL result mid year for this MID YEAR.

Tak perlu compare dengan orang lain, kerana itu bukan cara aku. Tapi compare dengan result SENDIRI semasa first year. Sangat berbeza.

Dan apa yang paling aku kecewa is aku dah kecewakan Ma n Abah. Itu yang paling aku sedih. Rase bersalah yang teramat sangat sekarang. Macam mane aku tergamak. Ya Allah.

And the most thing yang buat aku rase bersalah yang teramat amat amat amat amat amat sangat is when aku mesej abah juz now, exactly juz now ( time post ini ditulis ) abah reply mesej itu. Kat Malaysia dah pukul 2.00 pagi kot. So, how can Abah replied ? And abah rupanya still kat tempat kerja. Tengah berkerja time supposedly waktu tidur. Abah did everything juz to make sure us hidup ok. X susah. And what did I give to them? Ya Allah. Berdosa teramat sangat.

Time untuk muhasabah diri i think. What did I do last sem memang something yang perlu perlu perlu perlu difikirkan kembali. Aku tahu kat mane puncanya. Maka, Aima, lets fix the causes. In shaa Allah,Allah akan berikan yang terbaik:)


Dan yang paling penting, hidup ni memang ibarat roda. Sometimes, kita kat atas. And something Allah letakkan kita kat bawah. Supaya kita rase ape perasaan bila berada di bawah. Dan juga supaya kita tidak selalu selesa dengan kedudukan di atas. Fair enough.

*kepalapeningpenanganlacrimalglandtidakhentihentisecretethecontents*



Wednesday, February 20, 2013

Pencarian


 20 Feb 2013

Hidup mula mencari arah.
Jari jemari hanya berlari lari meniti di atas papan ini.

Mencari ruang.
Mencari keadaan.
Mencari identiti.
Mencari perasaan.
Mencari dan mencari dan mencari.

Semakin lama, semakin sensitif? 

Thursday, February 7, 2013

Turning Point Of Life

8 Feb 2013
7.40 am

Bismillahirahmanirahim.

Sudah 5 hari jejak Mesir kembali.

Jangka masa 16 hari di Malaysia ternyata tidak mencukupi, but still, hey, 16 hari kot.

Cukup untuk cerita everything yang berlaku for the past 4 months. Dan cukup untuk menghilangkan rasa rindu, mengidam terhadap makanan Malaysia. Tapi tak sempat nak makan apam balik kecik. Sampai termimpi mimpi.

Sampai sini, kelas tak bukak lagi. Berkawan baik dengan katil n laptop. Rasa sakit rumah macam dah dah datang.

Duduk sibuk download apps countdown time kat phone. Konon nak countdown bila nak jejak Malaysia balik *time tu hari kedua sampai Mesir, -,- *

Alang alang tu buat countdown untuk Final Exam terus. Gila terkejut! Sebab mase buat tu final ada 109 hari lagi! So, start from today, final tinggal lagi 106 hari lagi! Tu kalau jadual exam tak tukar. But still kena expect the worst kan.

So, 106 hari tu nampk macam panjang. MACAM. Tapi sebernanya tak. Once kelas dah start, time flies very very very fast. Kalau tak arrange time ngan betul this time, nauzubillah, mintak dijauhkan. Kena ambik pengajaran dengan apa yang berlaku time Mid Year ari tu.

For this upcoming sem, Anat ada total 3 buku semua. Yang satu tu, tebal dia, kalah kalau total lagi dua buku tu. Physio pon ada 3 buku, tpi 4 topik besar nak kena habis. Biochem n Histo itself satu buku je.Tapi Biochem next next next topic rasenye macam tak senang mane. Tak boleh nak pandang enteng.

Sebagai reminder kepada si penulis sendiri, untuk Final Exam, u have 6 buku Anatomy, 3 buku Physio, each one for Biochem and Histo untuk dihadamkan dengan penuh kecoolannya.

Berharap sangat this Sem tak ada banyak masalah macam last sem. Ingat pesan dorang, for this time, jangan nak fikir sangat pasal lain. concentrate kat ur study. Jangan nak kecewakan hope dorang with ur result.

So, lets kita siapkan diri secara fizikal, mental, dan rohani untuk memulakan sem keempat di Kasr Al Einy Medical School yang akan bermula lagi 2 hari.

*Mengharapkan permulaan dekad kedua kehidupan itu dipenuhi dengan keberkatan dan rahmat daripadaNya.

*Looks like akan kembali aktif berblog once jejak Mesir? Wait and see je la kot.

Monday, January 21, 2013

Home Sweet Home


8.00 pm. 21/1/2013

Bismillah.

Hari keempat berada di sini. What more can i say beside HAPPY!

Like seriusly, aim utama untuk balik mungkin dah tercapai.

Tapi sadly, kena marah dengan dorang jugak. 

Siap cakap lagi after this dah x boleh nak blik time winter.

Disuruhnya pergi vacation. Pusing dunia. Kumpul sebanyak pengalaman mungkin?

In sha Allah kalau plan bebetul next year, tercapai la kot.

Back to home, first night sampai memang tidur ikut timing Malaysia. Yeah! 

Hati dah gembira sebab ingatkan x kena jetlag for this time.

Tapi sayang seribu kali sayang, keesokkannya, hambik kau..

Siang tu saja empat kali sesi tidur ditibainya.

Memang kena sound kaw kaw punya dengan along, angah, abang n adik.

Siap kena perli, 'kakak now ikut timing negara mana pulak?'

Poor me, =,=

Nak buat macam mana kan, cortisol n melatonin setia menjalankan tugasnya mengikut timing Egypt.

So now, till hari keempat, still jetlag. Memalam bukan main active. tpi time pepagi, time dorg ke sekolah, mata akan menjadi berat sekali.

Oh yeah, result practical exam anat dah keluar. Kelas kau jah, result keluar time empunya diri di Malaysia.. :)

Whatever result nya, Alhamdulillah. Tepat seperti yang dijangkakan sama sekali. but still that nerve yang salah jawab tu memang in shaa Allah akan diingati sampai bila2 :)

Kena buat yang terbaik untuk coming sem ni. Dah x boleh main2. 

Tadi pon kena sound ngan Abang. Ditanyanya . 'kakak ni serius ke x nak jadi doc? Abang tanye pon x leh nak jawab. '

Hambik kau. Sebijik kena kat hidung yang tak berapa nak mancung ni.

Ok, family panggil untuk dinner time! 

*another benefit balik rumah, makan nasi 2-3 times per day*


Wednesday, January 16, 2013

At Muscat

Bismillah.

1.16 am 17 Jan 2013

Currently, at Muscat International Airport.

Pagi tadi masih berada di dewan exam Cairo University.

Kini, menunggu flight ke Malaysia pula.

Betapa hebatnya perancangan Allah.

Flight kena reschedules. In other words, delayed 2 jam. Good thing actually.

Sempat  bertuna pasta kat Coffee Bean. Kesan tak makan apa apa before ke eport.

And during flight Cairo - Muscat, memang very 'nice' flight I had.

Kesian kat akak2 stewardess tu. Nak kena layan kerenah passengers tu.

And for the first time,menyaksikan akak stewardess tu menjerit mintak susuh duduk as aircraft x fully stop.

Semua dah besar kot.

Now, 17 hours to go. Memang lama. But sampai2 je Muscat ni, terus dapat something.

Nilai kemanusian itu masih ada, dan kekangan bahasa tidak menjadi penghalang. Harap sangat akak tu dapat sampai ke rumah dia untuk bertemu dengan suami dan anak dia. Doakan.


12.30 tgh malam di Muscat . Dengan angin yang bertiup begitu kuat. Hoho.
Tu dia tudung siap cacak dengan tegaknya!

Monday, January 14, 2013

Maturity


6.06 am. 15 Januari 2013

Bismillahirahmanirahim.

Another short post will do I think.

Manusia dilahirkan dengan penuh variety. Penuh ragam.

Maka, in this life, we should give and take.

And also, by adding number 2 in front of our age, it looks like, at least, we should give a try to be more mature. I think?

Yeah, age is not an INDICATOR for the level of maturity, but still, you should give a try.

Till then,

See u next time.

Today will be last for day to revise everything for this MID YEAR EXAM.

Surely, I'll miss this study week. As, it does give A LOT of MEANING. Wonderful one. :)


Undoubtley, along with the hardship, there is ease.
[Al - Insyirah : 6]


Wednesday, January 9, 2013

Projek Special

10.04 pm. 9 Januari 2013

Bismillah

Syukur kepada Allah kerana memberi ilham untuk menjawab soalan soalan Anatomy tadi. Kalau ada rezeki, in shaa Allah betul jawapan yang diberikan. Kalau tak, anggap je usaha sepanjang 6 hari gap tu tak diisi dengan betul. Mungkin banyak tidur. :)

Right after kertas habis pukul 12.10 tadi, terus balik. Ingatkan nak pergi ambik penyangkut baju yang tempah hari tu, tapi pergi pergi, kedai pulak tutup. Tak pe, pergi esok pula. Boleh jalan pulak. One way untuk reduce berat badan. XD

After tu, terus pulang ke rumah, eh tak, pergi cari makanan dulu. Then after balik, solat and everything, terus masuk dapur untuk jalankan projek spesel itu.Yuhuuu!

Time tengah prepare bahan bahan dia and after blend everything, adunan tu nampak cair gila. At first, cuak! Dalam hati dah takut tak menjadi. Terus ambik phone and call along yang kat Malaysia! Semata mata nak konfirmkan betul ke adunan tu akan jadi macam tu. And after along cakap memang macam tu, terus lega. Terus masukkan ke dalam loyang and bakar!

AND,  here the outcome from PROJEK SPESEL itu :



Bear in your mind, ini adalah first trial. From kuih bakar change to APAM BALIK. Tangan renovate rupanya. Kes tak puas hati, terus bakar another one.

Maka, ini hasil yang kedua. Better than first i think. Papepun. baby yang baru lahir pon tak terus berlari. Iye dok? Maka, lets take it slowly. Belajar step by step. XD


For this one, the shape is there, the taste is there *makansendirithenjudgesendiri*.
Cuma tekstur dia x sama macam mak mak buat. Kena belajar ni.


Lagi 7 hari untuk balik ke Malaysian once again. Kali ini tak dapat nak kekalkan rekod balik after 10 months. Kali ini, 3 bulan je tempoh berpisah then akan jumpe balik. Rasenye memang tabiat balik rumah time cuti tu still tak leh buang. Sama macam time kat SAMURA. Every month balik. Let see outcome untuk tahun 3 nanti. haha


p/s. Two papers yang dikira berat dah selesai ambil, maka kini ayuh berHistology dan berBiochemisrty pulak. Doakan kami!

Monday, January 7, 2013

Rumah VS Library


3.27 pm. 7 Januari 2013

Bismillah.

Tinggal lagi sehari plus plus untuk paper Anatomy.

Bahang kali ini terasa sedikit lain kalau dicomparekan dengan persediaan time paper Physio minggu lepas.

Kali ini, tahap mental dan fizikal sendiri perlu ditinggikan sedikit.

Dan sepanjang minngu ni, dapat lihat satu perbezaan yang begitu besar, antara study DI RUMAH vs DI LIBRARY .

Kalau di rumah, katil antara musuh utama. Tak boleh kata tak kepada katil. Seems like katil tu sendiri ada daya tarikan yang kuat.

Kalau di library, katil tak wujud. Maka, satu daya tarikan dah berjaya diatasi,

Kalau di rumah, every 30 minutes, or bila rasa macam dah tepu sikit, mula la mata melilau mencari makanan. Sekejap keluar pergi dapur. Kejap lagi pergi bukak peti ais. Haisy, tambah pulak dengan winter. Lagi la cepat je jalan pergi cari makanan.

Kalau di library, kalau rasa lapar tengah time study tu, mau nak fikir 10 kali. Sama ada nak keluar dari library untuk cari makanan. Kalau keluar, kena lawan ngan kesejukan angin. Sejukkkkk kot. Tu tak tambah lagi kalau tetibe time tu ada angin kuat. Boleh kena ribut pasir pulak. Macam semalam =,=
Jadi,di library kurang sikit makan. Bila kurang makan, tak cepat kenyang. Tak cepat kenyang, tak de la cepat ngantuk. Tak cepat ngantuk , maka boleh lah study dengan gembira.

Kalau di rumah, nak dapat study selama satu jam straight tu memang payah dan mustahil la. Tak cakap mustahil, tapi agak mustahil. Sebab apa? Laptop kat depan kot. Kejap bukak fb, kejap bukak twitter (nasib baik sekarang tengah puasa twitter,kalau tak, mahu lagi teruk kesan dia ), kejap blogwalking, kejap itu, kejap ini. Nak tutup laptop, alasan nak play lagu, baru best sikit belajar. Boleh merangsang daya fikiran. Eh, ye ker?

Kalau di library, masa 2 jam study pon kadang kadang tak perasan. First tengok jam, pukul 12. 30. Bila tangok jam lagi sekali, eh dah pukul 2 .30? Rase macam kejap je, Tapi dah banyak boleh cover. Tu tak tambah lagi, suasana kat library tu sendiri. Penuh dengan manusia yang memang semangat gila study. Siap tunduk je kepala sepanjang masa. Tak de angkat angkat kepala pon. Menakutkan tapi boleh naik semangat kita yang tengok ni taw.

Kalau kat rumah, nak update blog, update je. Eh???

Kalau kat library, x de maknenye boleh nak update blog. Eh lagi sekali? hahaha. Bila tak update blog, maka study je la kan? kihkihkih.

Tu antara PERBEZAAN yang BESAR la. Berdasarkan pengalaman sendiri. Tak de kaitan dengan yang dah mati atau bakal mati taw. XD

Seriusly, belajar dekat library memang boleh rasa kelainan dia. Feeling untuk belajar tu lagi tinggi.

Ok, back to business. Anatomy menanti dengan penuh senyuman. :)

See uollz later. Okeih, ini memang bajer retis gila. XD

3.47pm 7 Januari 2013.


Saturday, January 5, 2013

Anatomy VS Emily Owens MD VS Projek Special

8.37 pm 5 Jan 2013

Bismillah.

Again,a short post to relieve ketepuan daripada Anatomy mungkin.

Perkara yang luar biasa tapi tidak luar biasa pon telah muncul. Seperti biasa, hanya di kala musim study week.

Now, addicted to a new medic's drama which is Emily Owens MD.

Story pasal an intern kat sebuah hospital. Nice story for now. Maybe boleh kembalikan semangat time si semangat tu dah kekurangan.

And new 'project' bakal dilaksanakan pada petang Rabu yang akan datang, yakni selepas paper Anatomy.

Moga paper pada pagi Rabu ini boleh dijawab dengan sebaiknya. Dan juga agar 'projek' spesel itu boleh dilaksanakan dengan coolnya.

Oh ya, Anatomy is an art of Allah. Maka, one thing yang perlu kita ingat ( gaya mcm ada yang bce di kala kehactickan beranat ini ) is, untuk mengkaji ciptaan Allah itu, tidak perlu bertension tension. Dalami ciptaanNya, hayati ciptaanNya, kagumi ciptaanNya dan in shaa Allah kita akan rasa seronok dengan Anatomy itu sendiri *pesanan untuk diri sendiri*. Dan apabila kita sendiri berasa seronok, in shaa Allah kita tidak akan mengalami fasa ketensionan itu.


p/s Step pertama untuk 'projek' spesel itu adalah dengan mengodek godek Pak Cik Google telah dan akan dilakukan dengan coolnya.


Doakan :)

Thursday, January 3, 2013

Dan Bila Ia Datang


4.30pm. 3 Jan 2013.

Bismillah.

Musim exam, maka semangat menulis tu dengan tetibanya membuak buak. Ironi bukan?

Dan biasanya pada musim exam ini juga, mood nak baking tu tetibe muncul. Hooyeah!

One way for me to release tension dari menghadam bukubuku itu sebenarnya.

Sebab, pernah dengar senior ckp, kalu rasa otak dah tepu, why not buat something yang boleh gembirakan orang lain?

And , i choose to bake. Walaupun skill x power mane, tapi why not cuba kan? Let the housemates become alat kajian. Hahaha.

Kalau menjadi, untung korang. Kalau tak, mintak maap la eh kat perut perut anda.

And also, time belajar la ni la nak practice memasak.Tak gitu? Nanti tak de la malu ngan mak mertua. Eh, jauh ke depan pulak fikiran ni. Iesy iesy iesy *geleng kepala*.

Dan hari ini, satu misi berjaya dilakukan.

Walaupun cream puff jer, tapi first time kot buat!

Semalam sibuk godek godek resepi dekat Pak Cik Google.

Dan hari ni, lepas balik dari eport, sambut dan hantar delegasi A2G12 ke Palestine , misi bercream puff dijalankan dengan koolnya. Ahaks!

And here the hasil. Kihkihkih, *moodbajetretis*


Misi yang pada mulanya along dan angah tidak percaya akan berjaya.
Now, a picture tell thousands story. *bajetretislagi*

Wednesday, January 2, 2013

Reflex

12.25 pm 2 Jan 2013

Bismillah.

Baru balik dari u. Baru selesai paper Physio. Tenangkan diri dengan ungkapan ni :

'Keputusanmu telah ditentukan dalam takdir, tapi Dia masih mahu melihat usahamu dan kurniakan pahalaNYa.'


Everything went well. In Shaa Allah.

Hasil menjawab soalan Physio? Tak perlu diungkapkan rasanya. Kerana apa yang kita usahakan, itu lah hasilnya dengan izinNya.

Tapi,tadi ditegur oleh seorang ukhti. Terus buat aku terfikir, kenapa aku bersikap sedemikian.

Dan tanpa perlu dipinta, terus teringat kata kata Cikgu Azman, dalam hidup ini, kita perlu :

'habluminallah habluminannas'

Ya Allah. Terus terpana. Bumi dirasakan seperti terhenti seketika. Rasa macam nak menangis time tu jugak. Tapi, nanti tak kool la kan. uhuk3.

Fatrah exam. Satu tempoh yang sebenarnya bagi aku sangat la kritikal. Kerana ketika ini cabaran untuk memastikan keadaan itu neutral seperti biasa amat la kuat.

Masa inilah kita rasakan masa itu emas sekali. Kalau boleh 24/7 nak penuhi masa tu dengan perkara yang dah dirancang. 

Tapi, di sini lah konflik yang sebenar akan berlaku. Kadang kadang masa kita bersama ahli beit mungkin terbatas. Mungkin time dorang duduk lepak lepak kat ruang tamu, time tu waktu yang kita peruntukkan untuk study.

Kalau tak join, perasaan bersalah tu muncul. Tapi, nak join, taw masih banyak yang perlu dicover.

Kat point ini lah mula terbit rasa , adakah aku dah tunaikan hak aku sebagai ahli bait dengan sebaiknya?

Persoalan yang sering timbul dalam seminggu dua ini.

Dan dalam tidak sedar, gaya percakapan aku semenjak ini berubah sikit. Dan aku sendiri tahu mengenai puncanya.

(*Tetiba, terus ingat dekat kertas biru yang aku dapat sebelum ini. Isu sama ditegur. Nah, masa untuk berubah!)

Tapi, bila fikir semula, betapa tidak matangnya aku dalam menangani masalah itu. Kadang2 melalui percakapan kita sahaja bisa melukakan hati orang lain. :(

Ternyata teguran itu menyedarkan aku. Terima kasih ukhti. Hidup kita ini perlukan teguran setiap hari kerana melalui teguran la kita tahu di mana kekurangan kita.

In shaa Allah akan cuba melakukan perubahan yang terbaik. Pernah dengar ungkapan ini, adalah lebih baik untuk kita mendiamkan diri daripada mengeluarkan perkataan tetapi ternyata ia hanya akan menyakiti hati orang lain. 

* Ternyata, pencarian itu tidak boleh dihentikan. Kerana, apabila pencarian itu terhenti hatta buat seketika, diri ini mula goyah.

* Dan usaha itu sendiri perlu datang diri aku sendiri, bukan hanya mengharapkan pencarian itu akan berjalan seorang diri.

Dan sebenarnya kehidupan seharian ini  ternyata sebuah ujian kepada diri sendiri. Tempuhilah cabaran dan ujian itu dengan sebaik baiknya kerana dalam Al - Quran sendiri 

Adakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan " Kami telah beriman" , sedang mereka tidak diuji lagi ? [Al - Ankabuut : 2]

Dan berpeganglah kepada ayat ini, :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu perkara, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui
 [Al - Baqarah : 216]

dan juga ayat ini :

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Al- Baqarah : 286]