Saturday, June 16, 2012

Pelampung Dan Pulau

Salam Aleik.

Erm, dah lame rasenyer x menulis. Kadang kadang rase mcm nak update, tpi buntu, x taw mcm maner nak menulis. Bile taw rase mcm mane nk menulis, mood pulak x de, Hohoho.

13 Jun 2012. Officially lagi sebulan nak menghirup udara di ASIA TENGGARA pulak. Means, final exam dah berlalu pergi sebanyak 50 %. Ya, 50 %! Bnyk kan. Cube bayangkan kalo ada diskaun sebanyk 50 % kalu time YES tu. Confirm semua org berebut nk ambil barang tu. hehe

Sejak paper ANATOMY ari tu, paper HISTOLOGY juga sudah berjaya ditempuhi. Cewah. Bunyi macm di medan peperangan kan. Tapi mmg kita org sekrg tgh berperang pon. PERANG NGAN NAFSU, BUKU and mcm mcm lagi la. haha

Herm, entry kali ini, aq rase nak story morry pasal PELAMPUNG DAN PULAU. * Disambung pada 16 Jun 2012 *

Huh?

Kenapa pelampung dan pulau? Kenapa bukan cruise dengan pulau? Suka hati la nak cerita pasal pelampung. Hahaha.

Sebenarnya, KISAH PELAMPUNG DAN PULAU ni dah berlaku tahun lepas.

Akronim  Anatalogi ni dicipta oleh YANG BERHORMAT MA aq.. hoho

Semuanya terjadi apabila aq mendapat tawaran daripada sebuah Uni dan Scholarship daripada *****..

Mase tu kiranya aq dah kompius x taw nk choose yang mane. Sebab dua dua tawaran tu berlainan course. Satu ke arah medic dan satu lagi ke arah minyak hitam. Aq nak medic tapi Yang Berhormat
mmg berhajat untuk aq pilih minyak hitam la. Huhu

So, YB pon keluarkan satu situasi. Dia suh aq imagine. Sekarang kat depan aq ada satu pulau yang indah. Tapi jauh untuk aq sampai ke pulau. Hanya ada satu cara untuk sampai ke pulau itu. Iaitu dengan merentasi lautan yang luas terbentang di depan aq ni. * Cewah, ayat x boleh blah giler. Hahaha

Untuk aq rentasi laut tu,ada dua cara :

a) Aq kena berenang sambil lakukan kuak lentang untuk sampai ke pulau itu atau

b) Ada pelampung yang disediakan, aq just guna pelampung tu jer untuk sampai ke pulau itu.

Huh? Faham x?

Aq mase first time dengar cter ni, mmg ketawa bergolek2 la. Siap jatuh daripada katil lagi. HAHAHA
Sebab aq x nampk kerelevanan cerita tu dengan aq punyer kebuntuan nak pilih course mane.


                                                   Macam ni kot rupa pulau tu. :) ( Kredit )
So, YB pon explain kat aq :

Pulau = Masa depan aq

Pelampung = Scholar yang ditawarkan

Kuak lentang = Bermula dengan asasi sains, samar2 apa yang akan berlaku seterusnya, mungkin boleh sambung medic, mungkin tidak.

Herm. Bila dengar explaination tu, aq duduk berfikir, Yang mane aq nak pilih. Ni bukan perkara main2 taw. Tahap dia mcam aq nk kawen ke x? Eh, asal tetibe kawen plak ni? Out of topic la tuan punyer blog! haha.

Ok, back to main topic, mase to mmg dalam dilema la. Aq rase mcm nk gune pelampung, sbb ape yang YB ckp tu betul. Tambah plak sekarang persaingan sengit! Tapi, kalu gune mikroskop untuk tgk kat dasar lubuk Puan Hati aq ni, MEDIC tetap menjadi pilihan aq. Sebb aq nk kelainan daripada kakaks aq.

Yang mane jadi pilihan hati?

Allah tu Perancang yang sebaik-baiknya taw. Dengan izin Allah , aq akhirnya membuat keputusan untuk sambung dalam bidang medic dengan menggunakan pelampung yang kedua. Pelampung kedua ni sampai betul2 waktu aq nk pilih pelampung pertama. Allah tahu yang mane yang terbaik untuk hambanya taw! Jangan kita pertikaikan walau seketika apa sahaja yang berlaku kat diri kita ni!

Jadi, apa sebernya yang aq nk cuba sampaikan? Sebenrnya hidup kita ni ibarat PELAMPUNG DAN PULAU juga.

Pulau = Akhirat

Pelampung = Al- Quran

Kuak lentang = Dugaan di dunia pada masa sekarang

Semua orang tahu destinasi terakhir kita ialah Pulau. Tapi x semua pilih Pelampung. Ada yang cakap kalu betul la pelampung tu bolh bantu kita, kenapa bnyk sangat caabaran dan halangan perlu kita tempuhi? Macam2 hukum ada. Hello cik adik! Cube ckp kat diri ini, laut mane yang x bergelora? Tepuk mulut, fikirkan jawapannya!

Kuak lentang memang x dapat dinafikan sangat la menarik. Macam - mcam aksi boleh kita lakukan. Plus, ikut suka hati kita jer kan bila nak berhenti? Bila nak sambung? Mane boleh mcm tu. Amalan dalam kehidupan ni perlu berterusan agar kita berjaya sampai ke PULAU tu dengan  selamatnya :)

Rasenyer sampai di sini dahulu setelah hampir 11 hari tidah mengupdate blog ini. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang! :)

Moga anda ( baca : pembaca yang comel lagi kiut) akan memperoleh sesuatu daripada contengan di atas :)

NB : Tinggal 27 hari lagi


Tuesday, June 5, 2012

Penantian Yang Bermakna

3.40 pagi.

Alarm handphone mula berbunyi. Tangkas bgn dan off kannya. Menunggu turn untuk memasuki tandas.
Solat Subuh.

4.00 pagi.

Selesai solat. Membuka laptop dengan alasan untuk membuat revision buat kali terakhir. Namun, kalah dengan sakit kepala yang menyerang.

6.30 pagi.

Terjaga daripada tidor. Mandi. ( Air pada pagi ini sejuk atau suhu badan aq yang tinggi?). Mengambil masa yang begitu lama untuk mandi disebabkan suhu air yg pada aq begitu sejuk.

7.00 pagi.

Bersiap siap untuk pergi ke Universiti. Hati sudah mula cuak, tapi pada waktu sama pening kepala datang melawat kembali.

7.30 pagi.

Mulakan langkah ke Universiti. Wah, dah ramai rupanya yang berkumpul. Berbagai ragam dapat dilihat. Masih ada yang memegang buku. Membuat sesi soal jawab dengan Bella buat kali terakhir.

8.00 pagi.

Mula dipanggil memasuki lecture room untuk sign dan melihat angka giliran untuk disoal oleh DOCTORS sebentar nanti.

Kumupulan 11 giliran kelapan. * 3 yang terakhir.

Bergerak memasuki bilik practical dimana sesi soal jawab akan dilangsungkan.

Sudah ada sahabat2 yang namanya bermula dengan huruf A sudah selesai ditanya. Senyuman jelas kelihatan di bibir mereka yang comel2 itu. Hati bertambah cuak.

9.30 pagi.

Eh? Dah setengah jam menunggu, muka Doctors yang handsome lagi cantik menawan itu masih belum kelihatan. Perut mula berbunyi * Tu la, sapa suruh x ambil sarapan sebelum datang. Silap sendiri.

Berbual dengan Zateel untuk menghilangkan rase bosan menunggu. Perasaan cuak sudah hilang . Entah ke mana pon tidak diketahui.

Topik perbualan kami? Nama anak nanti semestinya bermula dengan HURUF A. X nak bagi anak2 kami merasai perasaan mempunyai nama yang bermula dengan huruf W mahupun Z. haha

10.00 pagi.

Kelihatan doctor menghampiri meja kumpulan kami. Muka beliau jelas kelihatan keletihan. Oh tidak. Rama rama sudah berterbangan dalam perut ku. Kami mula gabra. Huhu

10.15 pagi.

Turn aq untuk disoal. Dengan langkah bismillah, aq mendekati meja tersebut. Dan dalam sekelip mata   sesi soal jawab berakhir. Alhamdulillah, soalannya daat dijawab.

Menunggu turn untuk disoal kali kedua oleh doctor berbeza. Kali ini, sudah berjaya mengawal perasaan nervous.

Bergerak ke meja kedua. Aha ha. Doctor ini nampak friendly. Sesi soalan bermula. Ketika menjawab soalan soalan beliau, pelbagai aksi tangan aq keluarkan. Beliau hanya senyum dan ketawa. Membuatkan aq berasa lebih selesa. Hehehe

10.30 pagi.

Akhirnya, Oral Anatomy BERAKHIR !!! (baca, buku buku Anatomy bakal memasuki kotak )

Pulang ke rumah dan tidor.

Konklusi hari ini, walaupon written Anatomy yang lepas agak menguji pemikiran namun, Allah telah membantu kami semua pada Oral Anatomy pada kali ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

NB : Teruskan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah penentu segalanya
NB 1 : HISTOLOGY, PHYSIOLOGY DAN BIOCHEM, oh tidak lupa ENGLISH juga menanti di hadapan :)
NB 2 : Tinggal 38 hari lagi untuk menjejak bumi Malaysia. 

Friday, June 1, 2012

Sakitrumah datang melawat

Assalamualaikum dan selamat malam semua.

Erm, pejam celik pejam pejam dan celik celik, hari ni dah 1 JUNE 2012.

Wohoho, dah separuh tahun berlalu. Bulan kesembilan berada di sini.
*Pregnant woman pon dah boleh bersalin sekarang. Welcome to the world babies yang comels :)

X sangka kan, masa berlalu macam tu jer. Sepantas kilat mungkin, malah, kalu nk bandingkan kelajuan dia, kalah SOYUZ  yang Sheikh Muszaphar naik time pergi bulan ari tu *Okeih, ayat yang melampau giler*

Bulan June. Definasi ---- > Merujuk kamus ciptaan aq,
1) Ada lagi satu bulan++ untuk touchdown KLIA,
2) Masih ada kertas exam yang PERLU diambil :)
3) Musim bunga di Mesir tapi tahap kepanasannya? Hanya Allah yang mengetahui . Huhu

Ada orang pernah cakap kat aq, lagi dekat tarikh nk blik ke Malaysia, lagi homesick kita akan jadi. Hoho.
Bukti?? Pergi tgk cermin. Anda akan mendapat jawapannya.

Homesick di kala fatrah exam ni sebenarnya adalah sangat TIDAK COOL okeih.

WHY??

Tumpuan akan distract kot. Hari ni jer, aq (aiks? homescik jugak rupanya aq ni yer) dah brape kali duk kira brape aeroplane yang dah lalu atas langit atas rumah aq nie. Tu x campur lagi tgk kalendar yang duduk ditampal kat dinding. Siap maen pangkah pangkah lagi hari yang dah berlalu.

Kalu sindrome ni datang attack Puan Hati macam mane Allien datang ke bumi naik UFO tu,maknanya,mengejut, aq mmg takot! Sebb buku buku yang asyik memanggil aq untuk membelai dorg WAJIB TIDAK akan dilayan. Kronik bukan? -,-

Cam ner nak atasinya? Berdasarkan cara aq, aq yakin, kadang2 perasaan SAKITRUMAH ni x lain x bukan sebab Puan Hati aq ni sbernanya tgh kosong. (baca: aq x bagi dia santapan rohani kepada nya)

Jadi, akaks Bulatan Bahagia aq pernah cakap, ubat untuk SAKITRUMAH ni x susah, turn into ALLAH, read LOVELETTER yang khas dan special untuk kita tu. InsyaAllah penyakit ni akan beransur pergi seperti mane debu yang bertiup di atmosfera Cairo ni * ada kaitan ker?? *

Kadang2, cara aq untuk let go perasaan ni adalah dgn tgk bulan. BULAN??

Yer, bulan a.k.a moon. Bukan moooooo tu taw. Hahaha.

Kenapa bulan?

Mungkin habit since dari SAMURA kot. Malam2 nak pergi prep, wajib aq medongak ke langit untuk  melihat bulan. And still kat Cairo ni, malam2 sebelum tidor, aq mesti tgk bulan dulu! X pasati alasan yang konkrit kenapa bulan yang jadi pilihan, bukan bintang mahupun matahari. Mungkin sebab aq pasti mereka pon melihat bulan yang sama. Mungkin.

Means, kalu aq dah asyik tgk bulan tu, satu jer makna, tgh melayan perasaan yang dah terlebih dahulu naik flight pulang ke Malaysia! Aisy, boleh dia x tnggu aq kan -,-
Tgk, revise Histo pon dgn bertemankan bulan taw :)

NB : Bercakap pasal setengah tahun sudah berlalu, tetibe tertanya, ape yang aq dah buat untuk diri               sendiri dan ape sumbangan aq untuk mereka yang lain?  *Sesak dada sekarang *

NB1 : Untuk orang di Malaysia (baca: family) tulisan hanya akan mucul di blog ini setelah diri ini mengalami kesesakan lalu lintas dalam kepala dan juga tatkala diri ini sudah mengangguk faham ketika membaca. (baca: tersengguk menahan mengantuk ok )

*Need to go right now, Histology dan Anatomy sudah serak suara penangan memanggil aq untuk meluangkan masa bersama sama. Kepada pembaca, doakan kami untuk oral Anatomy hari Selasa ni ok, Biar lancar lidah ini untuk mengeluarkan das das peluru jawapan. :)