Monday, January 7, 2013

Rumah VS Library


3.27 pm. 7 Januari 2013

Bismillah.

Tinggal lagi sehari plus plus untuk paper Anatomy.

Bahang kali ini terasa sedikit lain kalau dicomparekan dengan persediaan time paper Physio minggu lepas.

Kali ini, tahap mental dan fizikal sendiri perlu ditinggikan sedikit.

Dan sepanjang minngu ni, dapat lihat satu perbezaan yang begitu besar, antara study DI RUMAH vs DI LIBRARY .

Kalau di rumah, katil antara musuh utama. Tak boleh kata tak kepada katil. Seems like katil tu sendiri ada daya tarikan yang kuat.

Kalau di library, katil tak wujud. Maka, satu daya tarikan dah berjaya diatasi,

Kalau di rumah, every 30 minutes, or bila rasa macam dah tepu sikit, mula la mata melilau mencari makanan. Sekejap keluar pergi dapur. Kejap lagi pergi bukak peti ais. Haisy, tambah pulak dengan winter. Lagi la cepat je jalan pergi cari makanan.

Kalau di library, kalau rasa lapar tengah time study tu, mau nak fikir 10 kali. Sama ada nak keluar dari library untuk cari makanan. Kalau keluar, kena lawan ngan kesejukan angin. Sejukkkkk kot. Tu tak tambah lagi kalau tetibe time tu ada angin kuat. Boleh kena ribut pasir pulak. Macam semalam =,=
Jadi,di library kurang sikit makan. Bila kurang makan, tak cepat kenyang. Tak cepat kenyang, tak de la cepat ngantuk. Tak cepat ngantuk , maka boleh lah study dengan gembira.

Kalau di rumah, nak dapat study selama satu jam straight tu memang payah dan mustahil la. Tak cakap mustahil, tapi agak mustahil. Sebab apa? Laptop kat depan kot. Kejap bukak fb, kejap bukak twitter (nasib baik sekarang tengah puasa twitter,kalau tak, mahu lagi teruk kesan dia ), kejap blogwalking, kejap itu, kejap ini. Nak tutup laptop, alasan nak play lagu, baru best sikit belajar. Boleh merangsang daya fikiran. Eh, ye ker?

Kalau di library, masa 2 jam study pon kadang kadang tak perasan. First tengok jam, pukul 12. 30. Bila tangok jam lagi sekali, eh dah pukul 2 .30? Rase macam kejap je, Tapi dah banyak boleh cover. Tu tak tambah lagi, suasana kat library tu sendiri. Penuh dengan manusia yang memang semangat gila study. Siap tunduk je kepala sepanjang masa. Tak de angkat angkat kepala pon. Menakutkan tapi boleh naik semangat kita yang tengok ni taw.

Kalau kat rumah, nak update blog, update je. Eh???

Kalau kat library, x de maknenye boleh nak update blog. Eh lagi sekali? hahaha. Bila tak update blog, maka study je la kan? kihkihkih.

Tu antara PERBEZAAN yang BESAR la. Berdasarkan pengalaman sendiri. Tak de kaitan dengan yang dah mati atau bakal mati taw. XD

Seriusly, belajar dekat library memang boleh rasa kelainan dia. Feeling untuk belajar tu lagi tinggi.

Ok, back to business. Anatomy menanti dengan penuh senyuman. :)

See uollz later. Okeih, ini memang bajer retis gila. XD

3.47pm 7 Januari 2013.


2 comments: