Thursday, May 16, 2013

Liver


Hati.

Kalau ikut definisi medic, liver la kan? Liver ni kira vital organ la dalam badan kita. Banyak berlaku proses2 yang penting dekat sini. Itu kalau bercakap thru saintifik way la.

Tapi kalau tengok thru other side, hati ini tempat lahirnya perasaan.

Tak kisah la kasih sayang ke, rindu ke, benci ke, marah ke, semua akan refer ke hati.

Tengok contoh, sakit hati, suka hati, geramnya hati.

Bila cakap pasal hati ni, hati ini ibarat jelly kau tahu. Tak tahu ape itu jelly? Agar agar la.

Dia boleh jadi cair. Tapi dia juga boleh jadi keras. Bergantung kepada macam mana kau inginkan hati tu jadi.

Dengan situasi sekarang, pilihan yang paling tepat is dengan masukkan 'jelly' itu ke dalam peti ais. Kalau boleh dekat bahagian frozen tu. Tiba masa untuk hati tu dah jadi keras kaku.

Sebab, sepanjang dia menjadi agak cair, jalan yang dipilih ternyata jalan yang salah.

Bila batu bata jatuh terhempap kat muka, baru lah sedar dari kealpaan selama ini.

Kalau lah keras, mesti time hempapan itu berlaku, tak kan terasa.

Well, salah sendiri. Biar lama sangat kat atas meja kat ruang tamu sape suruh?

Tapi macam semua orang tahu, bukan semua tempat kau perlu jadi keras. Pandaikan diri untuk mengawal darjah kekerasan itu.

Till then.



2 comments:

  1. heart is more complex than just 2 atria and ventricles. :)

    ReplyDelete