Thursday, June 20, 2013

Pasca Biochem a.k.a Feast Food?


Baru ada masa nak tulis post ni. Maka, timeline kejadian adalah 4 hari lepas.

17 June 2013.

Okeih, Hari ini hari exam Written Biochem. Biochemmmmmmmmmmm weih. Ok dah. (Kesan jawapan written sangat la menarik)

Before exeng ni, ada la buat satu perjanjian ngan budak ni. Kita org cakap, sape yang boleh habiskan baca buku biochem dalam masa tiga hari (yakni from 9 June till 12 June), yang kalah kena belanja yang menang makan kat Beanos. Well, mase tu Red Velvet la jadi pertaruhan. Sebab dua dua gilakan RV ni. Tapi mase tu la.

Okeih, lepas exeng petang tu, maka, kami pun berdua pun pergi la ke Maadi. Mase ni, ini adalah kunjungan kehormat aku ke Maadi kali 4 dalam masa 6 hari. So, mase dalam Metro otw ke Maadi tu, tetibe je, aku keluarkan statement, ' Weih Bella, jom gi Mori Sushi'. Bella pun, 'Okeih jom, aku pun ada terdetik nak gi Mori Sushi'

Maka, sebaik saja sampai ke Maadi, maka terkedek kedek la kita orang pergi ke Mori Sushi. Ini merupakan kunjungan pertama aku ke Moshi ni. Sebab aku bukan la sushi punya peminat. Tapi at least kena la cuba makan kan?

Sampai Moshi, terjumpa pulak ngan akak2 dari ASU. Dorang pun baru habis exeng Microb. Cakap cakap ngan dorang jap. Pastu kita org pun pergi la duduk. Okeih, pastu bila nak order, mula la dua dua muka selange. Tak tahu nak order apa. Sebab sushi apa yang best????????? Hahaha. Okeih, so kita orang order dulu noodles ngan air dulu. Sementara aku pergi mintak back up dengan mesej orang yang biasa jadikan MOSHI ni as second home dorang. HAHAHA. So, lepas dah ada list ape yang suitable tu, kita pun order la., erm, jap, aku lupa nama sushi tu. Dynamite Roll rasenya.  Tengok gambar je la nanti eh. HAHAHA. Oh yer, kita org pun order , ala! aku lupa lagi sekali nama makanan tu, tapi dia ayam. Rasa macam ayam percik. If tak salah, nama dia huruf 'Y'.

Lepas makanan sampai, kita org pun makan la. Sambil cakap cakap la for sure. Perempuan mane boleh pisah ngan bercakap. Hahaha. Bila sushi sampai, aku ambik la sebiji untuk makan. Hah! Masa ni epic gila. Punya la banyak wasabi aku celitkan kat satu sushi tu. Nak cover rasa mentah dia. Penyudahnya, Bella habishkan sushi 8 biji tu. Eh tak. 4 je. Sebab 3 lagi take away bawak balik. Aku habiskan ayam yang ala ala ayam percik tu. Ada 3 stick semuanya. And ada every stick tu ada 3 kepingan. Maka conclusionnya --> AKU BUKANLAH PEMINAT SUSHI!

Lepas sejam lebih kat Moshi, maka next destination is Beanos. Pergi Beanos sebab nak beli kek RV yang Aina kirim. Mase ni, kalau ikut nafsu aku, nak jugak aku cekup satu RV ni bawak balik. Tapi memikirkan fulus yang  tak berapa banyak, metang2 dah nak balik Mesia, aku tahan la nafsu tu. HAHA.

Lepas Beanos, kita orang pergi Aunt Anne pulak. Otw pergi Aunt Anne tu, dah ketawa dah. Sebab kita orang dah feeling macam orang kaya gila. In one day, 3 kedai kita orang gi serbu. Well, this is what BIOCHEM did to us. Hahaha.

Masa kat Aunt Anne tu, plannya nak beli apa yang Kaa kirim je. Tapi entah macam mane, Bella nak makan jugak pretzel kat situ. So, basically, kita orang makan untuk sesi kedua kat Aunt Anne pula. Ni kira tea time la. Yang kat Moshi tu kira lunch. HAHAHAHA

Dekat almost sejam jugak la berkhemah kat Aunt Anne tu. Lepas tu kita orang pun balik. Sebab tak solat asar lagi masa tu. And paling penting, nak gi rumah Zura pulak. Dia ajak MAKAN. Yeah. Makan weih!

So, itu la cerita pasca Biochem. Dekat nak magrib, aku satu rumah pergi buat lawatan muhibah ke rumah Zura. Dan kami dijamu dengan NASI HUJAN PANAS! Feveret i tu. Nasib aku tak sasau macam orang gila hari tu. HAHAHA

So, hasil Biochem, perut dikasihi dengan Mori Sushi, Beanos, Aunt Anne dan juga Nasi Hujan Panas.

Dan semalam, 19 June 2013, lepas oral Biochem, aku buat kunjungan kehormat untuk kali 5 ke Maadi. Kali ni ke Spectra. Ber'SC' di sana.

 Within 8 days, 5 kali aku pergi. Rasa boleh dah Government Mesir bagi aku membership card untuk Metro, Maadi dan juga Airport. Sebab aku kira pengunjung setia la jugak untuk tiga tempat ni dalam tahun ni :) Kot kot jadi duta tempat2 ni pun aku tak kesah. Bahagia la jugak!

Nah gambar hasil kunjungan murni untuk perut tapi sengsara bagi beg duit aku. HAHAHA

Ni Air Iced Mocha! Kat Beanos! Me lurve it
Red Velvet. 
                 

Chicken Noodle kat Moshi. Aku rasa tu macam meggi je.
                       
  

Dynamite Roll aku rasa name dia ni. 

Ni la ayam penyek yang aku tak tahu nama tu.

Kita take away apa yang tah habes york. Sebab membazir amalan syaitan.


Geram aku tegok cinammon stick ni! Gambar ni cantik somehow aku tengok. 
Aku dan Lemon tak dapat dipisahkan.
This is Strawberry Lemonade.
And i love the caption toooooo much.
'Sorry, I'M Pre - Occupied Right Now.'

4 comments:

  1. haha maluu maluuuuu
    kantoi makan banyak!

    ReplyDelete
  2. Follower ke : 23
    Hai.. Salam Kenal..
    done follow.. jom follow blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete