Tuesday, June 5, 2012

Penantian Yang Bermakna

3.40 pagi.

Alarm handphone mula berbunyi. Tangkas bgn dan off kannya. Menunggu turn untuk memasuki tandas.
Solat Subuh.

4.00 pagi.

Selesai solat. Membuka laptop dengan alasan untuk membuat revision buat kali terakhir. Namun, kalah dengan sakit kepala yang menyerang.

6.30 pagi.

Terjaga daripada tidor. Mandi. ( Air pada pagi ini sejuk atau suhu badan aq yang tinggi?). Mengambil masa yang begitu lama untuk mandi disebabkan suhu air yg pada aq begitu sejuk.

7.00 pagi.

Bersiap siap untuk pergi ke Universiti. Hati sudah mula cuak, tapi pada waktu sama pening kepala datang melawat kembali.

7.30 pagi.

Mulakan langkah ke Universiti. Wah, dah ramai rupanya yang berkumpul. Berbagai ragam dapat dilihat. Masih ada yang memegang buku. Membuat sesi soal jawab dengan Bella buat kali terakhir.

8.00 pagi.

Mula dipanggil memasuki lecture room untuk sign dan melihat angka giliran untuk disoal oleh DOCTORS sebentar nanti.

Kumupulan 11 giliran kelapan. * 3 yang terakhir.

Bergerak memasuki bilik practical dimana sesi soal jawab akan dilangsungkan.

Sudah ada sahabat2 yang namanya bermula dengan huruf A sudah selesai ditanya. Senyuman jelas kelihatan di bibir mereka yang comel2 itu. Hati bertambah cuak.

9.30 pagi.

Eh? Dah setengah jam menunggu, muka Doctors yang handsome lagi cantik menawan itu masih belum kelihatan. Perut mula berbunyi * Tu la, sapa suruh x ambil sarapan sebelum datang. Silap sendiri.

Berbual dengan Zateel untuk menghilangkan rase bosan menunggu. Perasaan cuak sudah hilang . Entah ke mana pon tidak diketahui.

Topik perbualan kami? Nama anak nanti semestinya bermula dengan HURUF A. X nak bagi anak2 kami merasai perasaan mempunyai nama yang bermula dengan huruf W mahupun Z. haha

10.00 pagi.

Kelihatan doctor menghampiri meja kumpulan kami. Muka beliau jelas kelihatan keletihan. Oh tidak. Rama rama sudah berterbangan dalam perut ku. Kami mula gabra. Huhu

10.15 pagi.

Turn aq untuk disoal. Dengan langkah bismillah, aq mendekati meja tersebut. Dan dalam sekelip mata   sesi soal jawab berakhir. Alhamdulillah, soalannya daat dijawab.

Menunggu turn untuk disoal kali kedua oleh doctor berbeza. Kali ini, sudah berjaya mengawal perasaan nervous.

Bergerak ke meja kedua. Aha ha. Doctor ini nampak friendly. Sesi soalan bermula. Ketika menjawab soalan soalan beliau, pelbagai aksi tangan aq keluarkan. Beliau hanya senyum dan ketawa. Membuatkan aq berasa lebih selesa. Hehehe

10.30 pagi.

Akhirnya, Oral Anatomy BERAKHIR !!! (baca, buku buku Anatomy bakal memasuki kotak )

Pulang ke rumah dan tidor.

Konklusi hari ini, walaupon written Anatomy yang lepas agak menguji pemikiran namun, Allah telah membantu kami semua pada Oral Anatomy pada kali ini. Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

NB : Teruskan berdoa kepada Allah. Sesungguhnya Allah penentu segalanya
NB 1 : HISTOLOGY, PHYSIOLOGY DAN BIOCHEM, oh tidak lupa ENGLISH juga menanti di hadapan :)
NB 2 : Tinggal 38 hari lagi untuk menjejak bumi Malaysia. 

2 comments: