Saturday, June 16, 2012

Pelampung Dan Pulau

Salam Aleik.

Erm, dah lame rasenyer x menulis. Kadang kadang rase mcm nak update, tpi buntu, x taw mcm maner nak menulis. Bile taw rase mcm mane nk menulis, mood pulak x de, Hohoho.

13 Jun 2012. Officially lagi sebulan nak menghirup udara di ASIA TENGGARA pulak. Means, final exam dah berlalu pergi sebanyak 50 %. Ya, 50 %! Bnyk kan. Cube bayangkan kalo ada diskaun sebanyk 50 % kalu time YES tu. Confirm semua org berebut nk ambil barang tu. hehe

Sejak paper ANATOMY ari tu, paper HISTOLOGY juga sudah berjaya ditempuhi. Cewah. Bunyi macm di medan peperangan kan. Tapi mmg kita org sekrg tgh berperang pon. PERANG NGAN NAFSU, BUKU and mcm mcm lagi la. haha

Herm, entry kali ini, aq rase nak story morry pasal PELAMPUNG DAN PULAU. * Disambung pada 16 Jun 2012 *

Huh?

Kenapa pelampung dan pulau? Kenapa bukan cruise dengan pulau? Suka hati la nak cerita pasal pelampung. Hahaha.

Sebenarnya, KISAH PELAMPUNG DAN PULAU ni dah berlaku tahun lepas.

Akronim  Anatalogi ni dicipta oleh YANG BERHORMAT MA aq.. hoho

Semuanya terjadi apabila aq mendapat tawaran daripada sebuah Uni dan Scholarship daripada *****..

Mase tu kiranya aq dah kompius x taw nk choose yang mane. Sebab dua dua tawaran tu berlainan course. Satu ke arah medic dan satu lagi ke arah minyak hitam. Aq nak medic tapi Yang Berhormat
mmg berhajat untuk aq pilih minyak hitam la. Huhu

So, YB pon keluarkan satu situasi. Dia suh aq imagine. Sekarang kat depan aq ada satu pulau yang indah. Tapi jauh untuk aq sampai ke pulau. Hanya ada satu cara untuk sampai ke pulau itu. Iaitu dengan merentasi lautan yang luas terbentang di depan aq ni. * Cewah, ayat x boleh blah giler. Hahaha

Untuk aq rentasi laut tu,ada dua cara :

a) Aq kena berenang sambil lakukan kuak lentang untuk sampai ke pulau itu atau

b) Ada pelampung yang disediakan, aq just guna pelampung tu jer untuk sampai ke pulau itu.

Huh? Faham x?

Aq mase first time dengar cter ni, mmg ketawa bergolek2 la. Siap jatuh daripada katil lagi. HAHAHA
Sebab aq x nampk kerelevanan cerita tu dengan aq punyer kebuntuan nak pilih course mane.


                                                   Macam ni kot rupa pulau tu. :) ( Kredit )
So, YB pon explain kat aq :

Pulau = Masa depan aq

Pelampung = Scholar yang ditawarkan

Kuak lentang = Bermula dengan asasi sains, samar2 apa yang akan berlaku seterusnya, mungkin boleh sambung medic, mungkin tidak.

Herm. Bila dengar explaination tu, aq duduk berfikir, Yang mane aq nak pilih. Ni bukan perkara main2 taw. Tahap dia mcam aq nk kawen ke x? Eh, asal tetibe kawen plak ni? Out of topic la tuan punyer blog! haha.

Ok, back to main topic, mase to mmg dalam dilema la. Aq rase mcm nk gune pelampung, sbb ape yang YB ckp tu betul. Tambah plak sekarang persaingan sengit! Tapi, kalu gune mikroskop untuk tgk kat dasar lubuk Puan Hati aq ni, MEDIC tetap menjadi pilihan aq. Sebb aq nk kelainan daripada kakaks aq.

Yang mane jadi pilihan hati?

Allah tu Perancang yang sebaik-baiknya taw. Dengan izin Allah , aq akhirnya membuat keputusan untuk sambung dalam bidang medic dengan menggunakan pelampung yang kedua. Pelampung kedua ni sampai betul2 waktu aq nk pilih pelampung pertama. Allah tahu yang mane yang terbaik untuk hambanya taw! Jangan kita pertikaikan walau seketika apa sahaja yang berlaku kat diri kita ni!

Jadi, apa sebernya yang aq nk cuba sampaikan? Sebenrnya hidup kita ni ibarat PELAMPUNG DAN PULAU juga.

Pulau = Akhirat

Pelampung = Al- Quran

Kuak lentang = Dugaan di dunia pada masa sekarang

Semua orang tahu destinasi terakhir kita ialah Pulau. Tapi x semua pilih Pelampung. Ada yang cakap kalu betul la pelampung tu bolh bantu kita, kenapa bnyk sangat caabaran dan halangan perlu kita tempuhi? Macam2 hukum ada. Hello cik adik! Cube ckp kat diri ini, laut mane yang x bergelora? Tepuk mulut, fikirkan jawapannya!

Kuak lentang memang x dapat dinafikan sangat la menarik. Macam - mcam aksi boleh kita lakukan. Plus, ikut suka hati kita jer kan bila nak berhenti? Bila nak sambung? Mane boleh mcm tu. Amalan dalam kehidupan ni perlu berterusan agar kita berjaya sampai ke PULAU tu dengan  selamatnya :)

Rasenyer sampai di sini dahulu setelah hampir 11 hari tidah mengupdate blog ini. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang! :)

Moga anda ( baca : pembaca yang comel lagi kiut) akan memperoleh sesuatu daripada contengan di atas :)

NB : Tinggal 27 hari lagi


2 comments:

  1. ow nice inputs :)
    Hoping that you are going well with that 'pelampung' :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx a lot :)
      hope it will also going very well till the end :)

      Delete