Thursday, July 12, 2012

Malam Terakhir Di Sini

Assalamualaikum.

Pejam celik pejam celik, it has been 10 months kat sini. Rase mcm baru semalam touchdown itu Cairo International Airport.

Dan esok, akan terbang pulang ke MALAYSIA.

Rase mcm baru semalam bru jejak Kasr Al- Ainy Medical School.

Rase mcm baru semalam masuk lab Anatomy dan melihat cadaver.

Rase mcm baru semalam skype dengan family sambil buat2 gembira kat sini.

Rase mcm baru semalam pakai winter coat menahan angin pada musim winter.

Rase mcm baru semalam belajar masak untuk diri sendiri dan ahli beit.

Rase mcm baru semalam mengenali rakan rakan Gen11Us.

Rase mcm baru semalam tidor di tgh padang pasir di Bahriya.

Kalau nak diungkapkan " Rase mcm baru semalam".. tidak cukup dengan satu entri ini sahaja.

Sungguh, pengalaman hidup di bumi Mesir ini sangat indah dan manis. Tidak dapat dibeli dan ditukar dengan emas mahupun berlian :)

Di bumi Mesir ini, aq belajar erti sebuah kehidupan,

Di sini jua, aq belajar erti persahabatan yang hubungannya adalah kerana Allah :)

Di sini jua,  aq belajar erti tanggungjawab.

Di sini jua, aq belajar kehidupan adalah memberi dan menerima.

Di sini jua, aq belajar betapa jauh boleh merapatkan lagi hubungan sesama ahli keluarga.

Di sini jua, aq belajar penghijrahan.

Di sini jua, aq belajar mengenai cinta. Cintakan Allah, cintakan keluarga, cintakan ilmu, cintakan sahabat

Di sini jua, aq belajar untuk berdikari.

Banyak yang aq belajar semasa di bumi bertuah ini. Moga, aq masih lagi berkesempatan untuk pulang ke bumi ini dalam masa 3 bulan yang akan datang. Masih banyak lagi yang aq perlu pelajari. In sha Allah. :)

Kini, aq menghitung detik untuk bertemu dengan keluarga tersayang yang telah berpisah selama 10 bulan. Doakan agar perjalan kami seramai 19 org pada hari esok dipermudahkanNya :)



Piramid sinonim dengan Mesir :)

NB: Hidup ini penuh dengan pengalaman dan kerinduan :)

4 comments:

  1. aima rindu ak tau nanti...uhukkkk.
    #rasa macam baru je kenal dengan aima tp boleh jd kamceng gilaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. aq taw ko mesti rindu aq kan?? hahaha
      rapatnya suatu peersahabatan tu x bergantung kepada tempoh mase :)

      ingat bella, update blog setiap hari! haha

      Delete
  2. kitew windu tangat kat meysia! huhuhuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rafi, 2 minnggu x lama. haha. in sha Allah make surekan ko lulus test kete tu. hehe. boleh bukak prniagaan lain pulak.

      :)

      Delete