Monday, December 3, 2012

Andai Ku Tahu

Assalamualaikum...

After a long long long time, finally, today.

Meninggalkan dunia menulis seketika kerana cuti dan kesibukan setelah memasuki tahun dua di dunia medik ini ternyata berjaya membuat ak rindu untuk menulis.

Bukan senang untuk terus istiqamah dalam melakukan sesuatu. Contoh yang mudah. Nah, lihat sahaja bagaimana dengan mudahnya aku meninggalkan dunia penulisan ini seketika. Jika perkara ini pon aku tidak mampu, bagaimana aku ingin istiqamah dengan perubahan yang dituntut oleh Islam itu sendiri? Tepuk dada tanya hati.

Bergelar sebagai pelajar tahun dua juga berjaya membuka mata dan perspektif terhadap perkara baru.

Ternyata tahun ini berbeda sekali jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya,

Kehactickannya melampau jangkaan. Ternyata tanpa perancangan yang jitu, diri ini mampu tersilap arah. Melawan arus mungkin.

Dan kehacticnya berjaya mambuat terfikir, bagaimana kehidupan akan datang. Setelah bergelar seorang doctor, isteri, ibu, anak dan menantu?

Ternyata persediaan perlu dilakukan daripada sekarang. Multi tasking itu penting. Merancang itu juga penting.

Dan setiap masa itu perlu diguna sebaik baiknya. Bukan dipenuhi dengan perkara yang melaghakan.
Kerana masa yang telah lepas tidak akan kembali lagi.





No comments:

Post a Comment