Sunday, December 9, 2012

DIA

That Person..

Dia seorang yang begitu istimewa bagi diri aku.

Teramat istimewa.

Dialah abang, dialah adik,dialah kawan baik,dialah kawan gaduh,dialah peneman, dialah orang suruhan, dialah ketua, dialah penasihat. Dialah segala galanya. Cuma yang pasti dia tidak akan sesekali menjadi suami kepada aku. :)

Dia sentiasa berada bersama sama aku.

Walaupun terpisah antara dua benua, setiap hari tidak berhubung rasa tidak kena. Seperti kosong sahaja hidup ini. Rase seperti hilang sesuatu.

Bagi aku, dialah pendengar yang paling setia. Walaupun usia yang lebih muda 5 tahun daripada diri aku, ternyata kadang kadang pemikiran dia jauh lebih matang daripada diri aku sendiri.

Pembakar semangat? Masih tetap dia.

Sentiasa memberi semangat kepada aku dalam diri dia sendiri tidak sedar.

Ada masalah? Dia orang pertama yang akan aku cari.

Aku akan luah dan cerita segalanya.

Walaupun mungkin dia tidak mampu selesaikannya, aku selesa bercerita dengan dia. Tiada rahsia antara kami. Cerita pasal crush pon dia tetap akan dengar.

Sifat protective yang ada dalam diri dia buat aku semakin salute pada dia.

Sekali datang sifat itu, dia bukan lagi seorang adik. Dia berubah menjadi seorang abang. Rasa selamat itu hadir dalam diri aku.

Dalam masa yang sama, dia masih lagi seorang budak. Adik. Suka disayangi dan menyayangi.

Dan dia juga menjadi idola aku untuk terus menjadi kuat sepanjang bergelar pelajar perubatan di sini.
Di sebuah negara asing. Terus kekalkan momentum dalam belajar.

Cabaran daripada dia akan aku cuba untuk kecapi!

Dan nasihat dia agar kami sentiasa banggakan our parents sentiasa berada di minda.

Trust me !

Semua cabaran akan aku cuba sedaya upaya untuk laksanakan!




No comments:

Post a Comment