Tuesday, December 4, 2012

Sakit itu Nikmat

Bismillahirahmanirahim.

Sakit itu ujian, pelajaran, rehat, ukhuwwah, kemanisan cinta Allah, dzikir.

Pernah terbaca :

Ketika Allah sedang merindui hambanya, Allah akan menghantar sebuah hadiah istimewa melalui Malaikat Jibril yang dinamakan UJIAN.

Dush! Straight to the papillary muscle.

Mungkin aku terleka. Sehinggakan Kau turunkan ujian ini. Aku bersyukur Ya Allah. Kerana aku masih terpilih untuk menerima ujian daripada-Mu. 

Akan ku terima ujian ini dengan hati yang penuh terbuka. Mungkin melalui ujian ini jua ukhuwwah itu dapat dirasai kemanisannya.

Moga ujian ini dapat merapatkan lagi diriku dengan diri-MU. 

Kuatkan hati ku Ya Allah. 

Teguhkan hati yang lemah ini.

Jangan Engkau palingkan hati ini.

Tetapkanlah hati ini di atas landasan yang benar.


No comments:

Post a Comment