Friday, December 7, 2012

That feeling


That feeling....

Bila kita dapat meluahkan apa yang terbuka di hati tanpa melukakan hati orang lain.

SubhanaAllah. Sungguh indah rasanya.

Sungguh, :)

Kadang kadang.

Kita terlalu cepat mentafsir.

Kita terlalu cepat membuat konklusi.

Sikap yang bisa membawa aura negatif.

Sikap yang bisa membawa kepada permasalahan.

Ape pon, sentiasa berlapang dada. Mungkin payah untuk dilakukan, tetapi cubalah walau hatta sedikit.

Kerana, jika tiada permulaan, bagaimana akan wujudnya hasil.

Sentiasa berfikiran positif.

Ambil masa untuk bertenang.

Jangan lakukan sebarang keputusan andai diri sedang dipenuhi dengan kemarahan.

Kerana penyesalan terhadap sebarang keputusan yang dilakukan ketika marah tidak berguna lagi.

Terlajak perahu boleh diundur, namun terlajak perkataan, hanya penyesalan menyelubungi diri.

Lihat satu keadaan itu daripada pelbagai sudut.

Luaskan view of vision anda.

Apa guna binocular vision bukan?

Jangan terhad kepada satu sahaja.

Gunakan nikmat yang Allah kurnia untuk kebaikan.

Dan yang paling penting, andai ditimpa masalah :

Mengadulah hanya kepada Si Dia dalam doa yang tidak putus.


Dan sesungguhnya, redhailah sebarang ketentuan Ilahi. :

Orang orang yang beriman itu, Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah [58:22]


No comments:

Post a Comment